Anda masih menunggu keputusan peperiksaan atau sudah nekad untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Indonesia? Atau anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menyambung pengajian bidang Pengajian Islam di Mesir? Buang segala tanda tanya dan keresahan dalam diri!
Daulah Educonsult sedia membantu anda dalam memenuhi impian anda untuk sambung belajar di luar negara! Tawaran sambung belajar ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim atau UIN SUSKA di Indonesia juga dibuka oleh Daulah Educonsult. Jika anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam, UIN SUSKA adalah antara tempat yang terbaik.
Bukan sekadar bidang Pengajian Islam, terdapat pelbagai program bidang yang ditawarkan kepada pelajar. Antara program bidang utama yang ditawarkan adalah Syariah, Usuluddin dan Dakwah. Selain daripada itu, terdapat juga bidang-bidang program lain seperti Ekonomi dan Ilmu Sosial, Psikologi, Sains dan Teknologi dan pelbagai lagi.
Syarat kelayakan untuk ke UIN SUSKA adalah sangat berbeza dengan universiti di Mesir. Peluang sambung belajar ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma, Asasi, dan lain-lain lepasan setaraf.
-
-
- Bagi lepasan SPM dan setaraf: Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurang lulus bagi semua subjek.
- Bagi lepasan STPM dan setaraf: Pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 3.0.
- Bagi lepasan STAM: Pelajar memerlukan sekurang-kurangnya pangkat Maqbul.
-
Adapun begitu, jika anda memperoleh keputusan selain daripada syarat kelayakan, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia menghulurkan bimbingan dan menawarkan jalan penyelesaian supaya anda boleh merealisasikan impian anda untuk sambung belajar.
Tempoh pengajian di UIN SUSKA adalah selama 4 tahun bagi semua bidang program. Pengambilan pelajar adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Untuk mendapatkan struktur yuran yang penuh, anda boleh mendapatkannya menerusi Daulah Educonsult. Adapun begitu, untuk yuran pengajian bagi tahun pertama, anda memerlukan sekitar RM15 ribu untuk sambung pengajian di sana.
Anda boleh book seat bersama Daulah Educonsult dan sambung pengajian apabila sesi kemasukan telah tiba. Untuk pengetahuan sesi kemasukan adalah pada bulan September. Jika anda berminat untuk belajar di UIN SUSKA, anda boleh lakukan pendaftaran segera kerana tempat adalah terhad!
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain menawarkan peluang untuk sambung belajar di UIN SUSKA, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang untuk sambung belajar di universiti sekitar Indonesia dan negara lain. Antara pilihan negara lain adalah Rusia, Poland dan Bangladesh. Pilihan bidang juga adalah pelbagai seperti perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan lain-lain lagi.