Pembelajaran alam maya bukanlah satu penghalang buat pelajar dalam tempoh pandemik. Walaupun pembelajaran dilakukan menerusi platform komunikasi secara dalam talian, namun ia membantu memudahkan pensyarah dan pelajar untuk berinteraksi, berkongsi ilmu dan pandangan serta bertukar pendapat mengenai silibus-silibus yang dipelajari.

Dalam pada itu, ramai pelajar memilih universiti di luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda mahupun ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana mereka mempunyai alasan dan pandangan tersendiri untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Antara kelebihan belajar di luar negara semasa pandemik ialah pelajar berpeluang merasai persekitaran pembelajaran yang berbeza, mempunyai semangat belajar yang lebih tinggi dan mematangkan cara pemikiran pelajar.

1.Persekitaran pembelajaran yang berbeza

Kaedah dan sistem pembelajaran di luar negara dan di dalam negara adalah sama tetapi persekitaran pembelajaran yang berbeza. Namun, pelajar boleh mempelajari cara baharu bagaimana belajar dengan pensyarah dan pelajar antarabangsa yang lain dalam satu platform secara atas talian. Pelajar juga dapat mempelajari budaya luar dan menambah pengetahuan menerusi perkongsian yang dilakukan secara atas talian.

BACA JUGA :   Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi doktor

2.Mempunyai semangat belajar yang lebih tinggi

Pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara semasa pandemic ini sebenarnya mempunyai semangat yang lebih tinggi. Ini kerana mereka perlu menguruskan masa mereka dengan lebih efektif. Mereka perlu bijak membahagikan masa antara pembelajaran dan perihal peribadi mereka.

Jika pelajar tidak mempunyai semangat belajar yang tinggi, tidak mungkin pelajar akan menyambung pengajian. Oleh itu, usaha pelajar yang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi tidak kira di dalam negara atau luar negara perlu disanjung.

3.Mematangkan cara pemikiran pelajar

Cabaran yang dihadapi apabila belajar semasa pandemik ini adalah sesi pembelajaran dilakukan secara dalam talian. Maka, pelajar perlu betul-betul memahami apa yang dipelajari supaya tidak ketinggalan jauh daripada silibus yang dipelajari. Pelajar juga perlu tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan pensyarah mereka. Ini kerana pembelajaran dalam talian tidak seperti belajar bersemuka.

BACA JUGA :   Ketahui Tips-Tips Sambung Belajar Di Luar Negara Semasa Pandemik

Perkara ini dapat melahirkan pemikiran yang lebih matang buat pelajar. Mereka perlu bertindak sesuai dengan apa yang mereka pelajari dan tidak berharap semata kepada pensyarah. Pelajar juga perlu berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir dan membaca banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, Daulah Educonsult sedia membimbing anda untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti luar negara seterusnya merasai kelebihan-kelebihan belajar di luar negara semasa pandemik.

Untuk informasi lebih lanjut menegenai jurusan-jurusan dan universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Dulah Educonsult, anda boleh hubungi terus di talian khidmat pelanggan di bawah. Anda juga boleh mengikuti laman sosial Daulah Educonsult untuk info-info terkini.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here