Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan swasta yang ditubuhkan untuk membimbing pelajar. Bimbingan diberikan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda terutamanya di universiti atau institusi luar negara.
Antara tawaran negara yang dibuka oleh Daulah Educonsult adalah negara Rusia. Rusia merupakan sebuah negara yang mempunyai kadar pembangunannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, bahasa dan cara pelaksanaan pentadbirannya adalah berbeza. Kadar kemajuan dan penilaian pendidikan juga adalah berbeza.
Oleh yang demikian, jika anda berimpian untuk melanjutkan pengajian di luar negara terutamanya di Rusia, anda boleh lakukan pendaftaran ke universiti bersama Daulah Educonsult. Antara bidang pengajian yang ditawarkan di Rusia adalah perubatan.
Jadi, bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia. Ayuh baca entri ini selanjutnya. Melalui Daulah Educonsult terdapat beberapa universiti yang telah menawarkan bidang perubatan dan ianya telah mendapat pengiktirafan daripada MQA, MMC dan lain-lain agensi kesihatan Malaysia.
Berikut adalah senarai universiti yang menawarkan bidang perubatan:
- Kursk State Medical University
- Volgograd State Medical University
- Piroshky Research Medical University
- I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
Daripada sebilangan universiti yang telah ditawarkan, Kursk State Medical University menjadi pilihan utama para pelajar. Antara sebab yang paling utama adalah ia turut membuka peluang kemasukan terus kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan setaraf.
Pelajar lepasan ini akan menjalani pengajian pra-perubatan selama satu tahun dan akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda selama enam tahun. Selain daripada itu, KSMU juga telah mempunyai yuran pengajian yang telah dikunci dalam mata wang Malaysia. Tambahan daripada itu, ia merupakan yuran pengajian yang tidak akan berubah dari tahun pertama pelajar masuk sehingga tamat pengajian.
Adapun begitu, universiti lain juga turut menjadi pilihan para pelajar. Hal ini kerana universiti-universiti ini menawarkan pembelajaran terbaik kepada pelajar. Universiti di Rusia juga membuka permohonan kemasukan oleh ‘Matured Student’.
Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan untuk bidang perubatan di Rusia.
-
-
- Lepasan SPM, IGCSE dan setaraf: Minimum B bagi semua subjek terutama Biologi, Fizik, Kimia, Matematik @ Matematik Tambahan.
- Lepasan SPTM, Matrikulasi, Asasi dan setaraf : Minimum 3.0 CGPA bagi subjek aliran sains.
- Jika keputusan anda adalah selain daripada syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mendapatkan konsultasi percuma bersama konsultan Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult sedia membimbing anda untuk anda mencapai impian anda!
-
Selain menawarkan bidang perubatan kepada pelajar, Daulah Educonsult turut menawarkan bidang lain di universiti sekitar Rusia. Antara bidang tersebut adalah kejuruteraan pesawat dan pengurusan perniagaan antarabangsa. Pilihan universiti yang ditawarkan pula terdiri daripada Moscow Aviation Institute dan Saint Petersburg University.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi talian yang berikut:
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Untuk maklumat yang lebih lanjut atau info pantas, anda boleh layari mana-mana platform di bawah:-
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult