MATTA atau Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia mencadangkan kepada kerajaan negara-negara ASEAN untuk mewujudkan Sijil Digital COVID-19 ASEAN. Ini merupakan salah satu persediaan untuk membuka semula sempadan bagi tujuan pelancongan.

Kebanyakan negara ASEAN kini mempercepat program imunisasi negara. Perkara ini dilihat MATTA sekaligus mencadangkan untuk mengadakan protokol passport vaksin. Namun, presiden MATTA berkata bahawa satu set prosedur opresi standard (SOP) seragam perlu diwujudkan bagi menghindarkan kekeliruan oleh pihak negara ASEAN.

Beliau juga mengatakan bahawa negara-negara ASEAN ini perlu menimbangkan pas lawatan IATA dan passport vaksin WHO. Ini adalah untuk membolehkan perjalanan antarabangsa bersama dengan Sijil Digital COVID-19.

Sijil Digital tersebut merupakan satu penyelesaian yang praktikal untuk merendahkan risiko semasa membuat pelancongan. Ini dapat memberikan keyakinan kepada pelancong untuk perjalanan yang lebih selamat.

BACA JUGA :   Muar Kini Diiktiraf Sebagai Bandar Pelancongan 'Terbersih' Di Asia Tenggara

Seterusnya, MATTA juga mencadangkan untuk proses verifikasi ‘sehenti’ dibuat. Proses ini melibatkan koordinasi antara pihak berkuasa dan pihak lapangan terbang bagi mengelakkan duplikasi. Perkara ini perlu dilakukan segera selum pelancong tiba di lapangan seterusnya. Ini untuk memastikan kelancaran pergerakan yang melibatkan semua pihak.

Sijil Digital COVID-19 tersebut merupakan satu aset untuk mereka yang kehidupannya bergantung kepada industri pelancongan di negara-negara ASEAN dan sekaligus membantu memulihkan semula ekonomi industri pelancongan serantau.

Sumber: Astro Awani

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

BACA JUGA :   Muar Kini Diiktiraf Sebagai Bandar Pelancongan 'Terbersih' Di Asia Tenggara

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here