Anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara? Risau untuk belajar ke luar negara kerana pandemik? Jangan biarkan pandemik ini menjadi alasan dan penghalang untuk anda menuntut ilmu.

Daulah Educonsult ingin menawarkan peluang sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universitas Sumatera Utara kepada anda. Universitas Sumatera Utara yang dikenali sebagai USU ini adalah universiti terulung di Indonesia. Ia merupakan universiti awam yang terletak di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti ini juga telah mendapat pengiktirafan oleh JPA, MQA, MMC, KPM dan lain-lain agensi.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan di Universitas Sumatera Utara adalah Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Jika anda bercita-cita untuk menjadi Doktor, Ahli Farmasi atau Doktor Pergigian, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Sumatera Utara.

Tempoh pengajian bagi bidang pengajian tersebut adalah selama empat sehinnga lima tahun setengah. Berikut adalah tempoh pengajian mengikut bidang.
  • Bidang Perubatan: 4 Tahun
  • Bidang Pergigian: 5 Tahun
  • Bidang Perubatan: 5 Tahun setengah
BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Pendaftaran Kemasukan Kepada Pelajar Untuk Sambung Belajar Di Rusia.

 

Fakulti Kedoktoran

 

Fakulti Pergigian

Fakulti Farmasi

Sekiranya anda menyambung pengajian di Universitas Sumatera Utara di Indonesia, banyak kelebihan yang bakal anda perolehi. Antaranya kelebihannya adalah:
  • Bahasa yang digunakan seakan-akan sama
  • Banyak kedai makan dan restoran halal
  • Lokasi universiti yang strategik
  • Fasiliti yang lengkap buat kegunaan pelajar
  • Diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan Antarabangsa
Di samping itu, pelajar juga perlu ketahui syarat kelayakan umum untuk memasuk ke universiti.
  • Pelajar lepasan SPM/IGGCSE/O-Level dan setaraf: Memperoleh Gred B bagi setiap subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan
  • Pelajar STPM/Diploma/Asasi/Matrikulasi/A-Level dan setaraf: Memperoleh minima CGPA 3.00

Namun, jika keputusan anda tidak menepati syarat kelayakan umum seperti yang dinyatakan, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi pendidikan daripada Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi yang membantu pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara. Agensi ini juga memberikan sesi konsultasi secara percuma.

BACA JUGA :   Universitas Sumatera Utara Tawar Bidang Perubatan, Pergigian & Farmasi

Bukan sekadar itu, anda yang berminat untuk ke USU boleh melakukan pendaftaran bagi sesi kemasukan September 2021 bersama Daulah Educonsult.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai kemasukan ke universiti di luar negara yang ditawarkan oleh Dulah Educonsult, anda boleh hubungi terus di talian khidmat pelanggan di bawah. Anda juga boleh mengikuti laman sosial Daulah Educonsult untuk info-info terkini.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here