Semalam, bersamaan 1 Julai 2021, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan di mana akan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

PKPD ini akan bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai ini. Antara beberapa lokasi yang terlibat adalah di;

  • Daerah Petaling: Mukim Petaling, Mukim Damansara, Mukim Sungai Buloh, Mukim Bukit Raja
  • Hulu Langat: Mukim Hulu Langat, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang
  • Sepang: Mukim Dengkil, Labu, Sepang
  • Gombak: Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang
  • Kuala Langat: Mukim Tanjung (1),Tanjung 12(2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu
  • Klang: Mukim Kapar, Klang
  • Kuala Selangor: Mukim Ijok, Bestari Jaya, Jeram
  • Hulu Selangor: Mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali
Tambahan daripada itu, di Kuala Lumpur melibatkan kawasan:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak; Sri Semarak; PPR Batu Muda; Flat Seksyen 1 dan Flat Seksyen 2 Wangsa Maju; Kampung Padang Balang; Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2); Flat Sri Sabah; Kampung Puah dan PPR Kampung Baru Air Panas; Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima); Kampung Batu Muda; PPR Kerinchi; Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

BACA JUGA :   ‘Play Centres’ Tempat Sesuai Untuk Ibu Bapa Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

Perkara Yang Dibolehkan

Pelaksanaan PKPD ini akan mengakibatkan kesemua laluan akan ditutup serta kawalan oleh pihak polis. Dengan itu, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman maisng-masing kecuali seorang wakil isi rumah. Adapun begitu, ia terhad kepada seorang wakil isi rumah bagi membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

Tambahan dari itu, dikatakan Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan laksana ujian saringan bersasar ke atas semua penduduk di kawasan terlibat. Selain itu, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) adalah dibenarkan. Hanya perlu menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi, pengangkutan awam dibenar beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50 peratus, bilangan individu dalam teksi dan e-hailing dihadkan pada dua orang sahaja termasuk pemandu.

Kebenaran untuk bekerja hanya pada perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah. Pekerja hanya perlu mengemukakan surat MITI yang dikeluarkan sebelum ini.

BACA JUGA :   KPM Mansuh Syarat Boleh Bergerak Sekitar 10 Kilometer Dari Kediaman.

Sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan. Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayu, ubat-ubatan dan pelitup muka dibenarkan beroperasi.

Kebenaran untuk beroperasi adalah hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Ia meliputi kedai atau gerai makan, trak makanan, penjaja tepi jalan, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian, farmasi, klinik haiwan dan kedai makanan haiwan.

Anda mahu menjana pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan? Sertai Safer sebagai pengguna atau rakan penghantar atau pemandu sekarang.

Terdapat banyak manfaat yang bakal anda peroleh dengan menjadi sebahagian daripada komuniti Safer. Untuk mengetahui maklumat lanjut atau tawaran terkini daripada pihak Safer, pihak Safer boleh dihubungi menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here