Peningkatan kes Covid-19 yang mendadak baru-baru ini adalah melibatkan sektor ekonomi terutamanya industri perkilangan. Sektor ini berpotensi menyumbang kepada penyebaran Covid-19.
Oleh itu, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Prof Madya Dr Shamsul Bahari Samsudin mencadangkan agar sektor tersebut ditutup untuk mengawal pandemik pada ketika ini. Ini kerana kebanyakan industri perkilangan menggunakan tenaga kerja warga asing yang menjadi salah satu punca varian baharu peningkatan kes.
Di samping itu, beliau memberi inisiatif dimana saringan dan pemberian vaksin secara serentak buat pekerja industri. Ini dapat merendahkan jangkitan kes yang dilihat semakin membimbangkan.
Menurut beliau, vaksinasi boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk tempat kerja atau kilang sendiri, tidak semestinya perlu dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Beliau juga mengatakan bahawa pemberian vaksin sepatutnya dipermudahkan dan disegerakan agar dapat mengawal kadar kebolehjangkitan Covid-19 ini.
Dalam pada itu, Shamsul Bahari berharap kerajaan dapat mewujudkan strategi yang meliputi semua aspek bagi mengurangkan jangkitan dan varian baharu yang kian merebak di Malaysia.
Sumber: Astro Awani
Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKPD berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.
Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.
<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>