VISA adalah satu syarikat gergasi kewangan yang mendedahkan bahawa transaksi kripto kad VISA telah melebihi $ 1 bilion pada dua suku pertama tahun 2021. Sebelum ini, VISA telah menawarkan kemudahan perbelanjaan kripto melalui kadnya dengan kerjasama daripada Coinbase, Circle, dan BlockFi.

Tambahan, VISA juga mengatakan bahawa perbelanjaan kripto dari tahun ke tahun di rangkaiannya itu telah menyaksikan lonjakan yang besar. VISA telah terlibat dengan kripto selama lebih dari setahun. VISA kini melihat kripto mampu membawa perubahan dalam pasaran perbelanjaan pengguna yang berjumlah $ 18 Trillion. Peniaga kripto VISA juga telah membuka pintu untuk perbelanjaan kripto terhadap lebih dari 70 juta rakan niaga.

VISA dan MasterCard, dua syarikat gergasi pemprosesan pembayaran telah bekerja secara aktif dengan perniagaan kripto sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menjadikan perbelanjaan kripto lebih mudah. Perkongsian terbaru MasterCard dengan Gemini akan membolehkan pengguna memperoleh ganjaran kripto melalui penggunaan kad kredit.

BACA JUGA :   Kenali Beberapa Term Penting Di Dalam Aplikasi Exchanger Binance.

Di samping itu Pengurus Kewangan (CFO) VISA, Vasant Prabhu mengatakan bahawa mereka ingin menjadikan kripto sebagai medium transaksi yang berguna pada masa akan datang sekaligus memwujudkan ekosistem yang menjadikan kripto lebih berguna dan lebih baik seperti mata wang lain.

Tambahan pula syarikat pemprosesan pembayaran telah bekerjasama dengan beberapa perniagaan kripto di seluruh dunia untuk memudahkan orang ramai untuk belanja dan simpan kripto mereka di mana-mana tempat pembayaran VISA diterima.

Oleh itu, satu kumpulan yang dikenali Binance Capital Team (BCT) ini terdiri daripada ahli-ahli yang bercita-cita tinggi dan mempunyai ketua kumpulan yang sangat berdedikasi bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan menggunakan Binance dan seterusnya mengajak anda bersama-sama memulakan trading di pasaran kripto. BCT juga mempunyai cara yang tersendiri dalam menempah nama dalam pasaran kripto.

BACA JUGA :   Mula Trade Di Pasaran Kripto Untuk Peroleh Keuntungan Lumayan Semasa Pandemik!

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pasaran mata wang kripto di Binance, anda boleh berhubung dengan pihak BCT menerusi mana-mana platform yang berikut:

Khidmat Pelanggan: 011-56954641
Facebook: Binance Capital Team
Telegram: https://t.me/joinchat/txWoWBI4emJkNzVl
Youtube: Binance Capital Team

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here