Rambut merupakan mahkota bagi setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Oleh itu, penjagaan rambut amat penting bagi setiap individu terutama wanita yang berhijab. Lain individu, lain cara penjagaannya. Bagi wanita yang berhijab, pastinya ia lebih sukar untuk menjaga.

Baca Deenamik sehingga habis untuk mengetahui cara penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab.

1.Mencuci rambut

Cuci rambut adalah perkara yang penting untuk menjaga kesihatan rambut. Namun, anda perlu mencuci rambut selang sehari ataupun anda berasa kulit anda sudah terasa berminyak. Ini adalah untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda daripada menjadi kering dan mengurangkan keguguran rambut daripada berlaku.

2.Menyikat rambut

Setiap kali anda hendak mencuci rambut, anda perlu menyikat rambut telebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan rambut anda tidak kusut dan mudah untuk dicuci. Setelah itu, ketika hendak mengeringkan rambut pula, anda perlu menyikat atau menguraikan rambut menggunakan jari anda dengan lembut.

Klik pada gambar untuk ke laman web rasni Daulah Educonsult
3.Menggunakan syampu dan perapi yang sesuai

Anda perlu menggunakan syampu dan perapi sesuai untuk menjaga kesihatan rambut anda. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh mendapatkan nasihat daripada kulit kepala anda untuk mengetahui jenis kepala kulit anda. Sekiranya anda menggunakan produk yang tidak sesuai, ia mungkin akan menyebabkan keguguran rambut yag melampau ataupun iritasi pada kepala kulit anda.

4.Menggunakan serum dan tonik rambut

Anda perlu memakai serum dan tonik rambut sebagai tambahan kepada penjagaan rambut anda. Ianya membantu rambut dan kulit kepala anda untuk menyerap tambahannutrien daripada serum dan tonik tersebut. Dengan itu, rambut anda akan kekal sihat dan akar-akar rambut semakin kuat.

Klik pada gambar sekiranya anda berminat untuk melanjut pengajian di Universitas Sumatera Utara, Indonesia.
5.Memakai hijab material nipis dan ringan

Sedia maklum, tidak semua material tudung boleh digunakan kerana ada sebahagian daripada akan menyebabkan rambut dan kulita anda menjadi gatal terutamanya jika material yang digunakan adalah keras dan berat. Anda juga diingatkan supaya tidak memakai hijab terlalu ketat atau melekat pada kulit kepala anda. Ini adalah untuk memberikan pengaliran udara yang baik buat rambut dan kulit kepala.

6.Jangan menyanggul rambut ketika basah

Perkara ini merupakan kesilapan yang selalu dibuat oleh kaum wanita tidak kira berhijab ataupun tidak berhijab. Anda perlu memastikan rambut anda benar-benar kering sebelum menyanggulnya dan memakai tudung. Ini kerana rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut mengalami masalah seperti kelemumur, berbuah dan berbau.

Senang sahaja nak jaga rambut sebenarnya lagi-lagi golongan wanita yang berhijab. Semoga tips ini berguan untuk anda semua.

Daulah Educonsult merupakan agensi konsultasi pendidikan yang membimbing pelajar untuk melanjut pengajian di luar negara. Daulah Educonsult juga menawarkan pelbagai pilihan negara, universiti dan bidang yang telah diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan Antarabangsa.

Anda tidak perlu risau, segalanya akan diuruskan oleh pihak Daulah Educonsult. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi terus pihak Daulah Educonsult di talian berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here