Admin tahu, pasti ramai yang menginginkan tubuh badan yang ideal untuk nampak lebih menarik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, ramai di antara kita yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian seperti bekerja, mengurus rumah dan anak-anak sehingga tiada masa untuk lakukan senaman.

Oleh itu, admin nak berkongsi cara bagaimanana hendak turun berat badan tanpa perlu bersenam. Ya, tanpa bersenam juga mampu menurunkan berat badan. Berikut adalah cara-caranya:

1.Pengambilan makanan berprotein tinggi

 

Pengambilan protein yang tinggi boleh membantu anda membakar 80-100 kalori lebih banyak setiap hari. Diet tinggi protein menyebabkan selera makan lebih rendah. Ini menjadikan lebih mudah untuk kita mengawal nafsu makan. Protein bukan sahaja membantu mencegah kehilangan otot, malahan mengekalkan tahap metabolisme kita.

Antara sumber protein yang baik untuk tubuh badan adalah:
  • Daging lembu tanpa lemak
  • Ikan
  • Ayam
  • Taufu
  • Kekacang
  • Telur
  • Produk tenusu rendah

2.Banyakkan minum air putih

Meminum air putih setiap hari merupakan salah cara kuruskan badan tanpa bersenam yang paling asas dan tidak sukar untuk diamalkan. Yang penting tidak malas dan sering ingatkan diri.

BACA JUGA :   Tips Mengamalkan Pemakanan Sihat

Setiap kali sebelum makan iaitu antara 15-30 minit lebih awal, anda disarankan untuk minum air putih 1-2 gelas dahulu. Dengan meminum air dalam kuantiti ini, jumlah kalori makanan yang anda ambil akan berkurang kerana sebahagian perut kosong telah diisi terlebih dahulu dengan air. Sebaik-baiknya dalam sehari anda perlu mengambil air suam sebanyak 8-9 gelas sehari.Gula adalah penyumbang kepada pembentukan lemak pada tubuh terutamanya di bahagian perut.

3.Makanan tinggi serat

Makanan berserat tinggi membuatkan perut anda berapa kenyang lebih lama. Hal ini kerana makanan yang tinggi serat mampu membekalkan tenaga dan mengenyangkan perut anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu anda tidak akan berasa lapar dengan kerap.

4.Kurangkan jumlah kalori makanan yang diambil setiap hari

Mengurangkan jumlah kalori makanan yang diambil setiap hari adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan tanpa bersenam yang perlu diamalkan. Ini kerana berat badan kita bergantung kepada jumlah kalori yang diambil setiap hari sama ada ketika makan atau minum.

BACA JUGA :   Tips Mengamalkan Pemakanan Sihat

5.Dapatkan tidur yang berlualiti

Rehat malam yang baik, cukup dan konsisten mampu menurunkan berat badan secara perlahan-lahan. Ini kerana kestabilan hormon-hormon penting badan termasuk hormon untuk metabolisma tidak terganggu.

Untuk pengetahuan, badan kita sebenarnya mampu membakar kalori antara 50 hingga 100 dalam masa satu jam walaupun tidak melakukan apa-apa pergerakan semasa tidur.

Mulai sekarang, marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat membuatkan kita lebih sihat, ceria dan menawan. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah dapat bentuk badan yang ideal.

Jika anda berminat untuk melanjut pengajian ke Rusia, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan seperti yang tertera di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here