Anda masih mencari peluang belajar dalam bidang Perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Daulah Educonsult kini menawarkan universiti luar negara yang menjadi pilihan pelajar untuk sambung pengajian dalam bidang Perubatan di peringkat yang lebih tinggi.

Dulah Educonsult adalah sebuah agensi konsultasi pendidikan yang mengurus dan membimbing pelajar menyambung pengajian ke luar negara. Pembelajaran di luar negara mengikut bidang dan kelayakan yang sesuai selepas pelajar mendapatkan sesi konsultasi bersama Daulah Educonsult.

Universiti-universiti perubatan yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult telah mendapat pengiktirafan daripada agensi tempatan dan luar negara seperti WHO, KPT, MQA, JPA, MMC dan lain-lain. Pengiktirafan ini adalah untuk memastikan pe;ajar tidak akan mengalami kesukaran sekiranya memohon pekerjaan menggunakan sijil dari mana-mana universiti luar negara.

Berikut adalah antara universiti terbaik yang Daulah Educonsult tawarkan kepada pelajar yang mendaftar kemasukan melaluinya.
  1. Kursk State Medical University

Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang memegang reputasi yang sangat bagus dan disegani dalam bidang perubatan di mana mereka telah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional di seluruh dunia.

Anda tidak perlu ragu kerana ijazah perubatan milik universiti ini diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bukan itu sahaja, Kursk State Medical University turut menerima pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuklah Perancis, United Kingdom, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui lebih 40 negara.

  1. Volgograd State Medical University

Volgograd State Medical University terletak di Volgograd yang terletak di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Universiti ini diakreditasi oleh Kementerian Pendidikan Rusia untuk mengajar pelajar Rusia dan luar negara. Ia mempunyai kakitangan pengajar yang berkelayakan, penyelidik lanjutan dan pakar perubatan yang berpengalaman. Universiti telah melatih pelajar antarabangsa sejak 1962. Semenjak tahun 2000, Universiti Perubatan Volgograd telah mendapat peluang untuk mengajar pelajar asing dalam bahasa Inggeris.

  1. Privolzhsky Research Medical University

Nizhny Novgorod State Medical Academy telah menukar kepada nama yang baru iaitu Privolzhsky Research Medical University. Tetapi nama yang lama masih digunapakai sehingga kini. Jadi masyarakat lebih mengenali nama lama berbanding yang baru.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Di Indonesia Tahun 2021 Menerusi Daulah Educonsult

Universiti ini merupakan institut pendidikan perubatan pertama yang paling berprestij di bandar purba Nizhny Novgorod, Rusia. Kini, akademi tersebut berada di tangga yg ke-6 daripada 46 institut pengajian perubatan yang lain dan turut mendapat pengiktirafan dari World Health Organization (WHO) dan termasuk dalam buku Rujukan Tahunan “World of Learning” Institusi Perubatan yang dikeluarkan di Great Britain. Oleh kerana prestasi akademik yang luar biasa, institut itu kemudian mendapat status “State Academy” pada tahun 1994.

  1. I.M Sechenov First Moscow State Medical University

Moscow State Medical University (MSMU) merupakan universiti perubatan tertua yang telah berusia 240 tahun. Ia juga merupakan university terbesar di Rusia yang pada awalnya dikenali sebagai “First Med.” MSMU bertanggungjawab dalam melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia dan telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di Rusia.

MSMU turut mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Pengajian Tinggi, UNESCO dan MMC sebagai universiti perubatan kedua terbaik dunia sejak tahun 1989. Kini, universiti ini berfungsi sebagai pusat utama dalam meberi latihan dan persijilan bagi menaik taraf status perubatan dan ahli farmasi di seluruh Rusia.

  1. Universitas Sumatera Utara

Universitas Sumatera Utara atau dikenali sebagai USU ditubuhkan pada tahun 1952. USU menawarkan pelbagai bidang pengajian Sains Kesihatan seperti bidang Perubatan kepada pelajar. Bidang Farmasi dan Pergigian juga turut ditawarkan. Jika pelajar mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di USU, anda boleh membuat permohonan kemasukan melalui Daulah Educonsult.

  1. Universitas Airlangga

Universitas Airlangga merupakan universiti yang kedua tertua di Indonesia. Ia juga merupakan antara universiti ‘big 5’ di Indonesia. Antara fakulti yang terdapat di universiti ini adalah Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Veterinar. Universiti ini menjalankan pembelajarab berasaskan kaedah ceramah klasik, tutorial dan praktikal.

  1. Universitas Hasanuddin

Perasmian universiti Hasanuddin dirasmi oleh Nain Presiden Drs. Moh. Pada 10 September 1956, status Fakultas Kedokteran Makassar berubah menjadi Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin. Dalam menjalankan misinya, Fakulti Kedokteran Universitas Hasanuddin menjunjung tinggi nilai-nilai semangat yang tinggi.

BACA JUGA :   Sambung Belajar ke Bangladesh Bersama Daulah Educonsult Sesi Januari 2021

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti berikut, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan adalah pada tahun 2022. Namun anda masih lagi boleh membuat pendaftaran kemasukan ke Kursk State Medical Universiti bagi sesi September/Oktober 2021.

Ayuh realisasikan impian anda untuk sambung belajar dalam bidang perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda bersama Daulah Educonsult. Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here