Rakyat perlu memahami walaupun kelonggaran yang diberi untuk aktiviti riadah, peraturan dan SOP masih perlu dalam tempoh pandemik ini bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Berikut adalah Jenis sukan atau aktiviti yang boleh dilakukan semasa pandemik.

  • Sukan dan aktiviti fizikal yang membolehkan penyertaan individu dengan adanya penjarakan fizikal, seperti golf atau tenis, akan menjadi kurang berisiko daripada sukan yang banyak melibatkan hubungan rapat seperti bola keranjang, bola sepak atau gusti.

  • Sukan dan aktiviti fizikal yang tidak memerlukan perkongsian peralatan, seperti aktiviti merentas desa, kurang berisiko daripada sukan seperti bola sepak yang memerlukan satu peralatan dikongsi bersama.
  • Sukan dan aktiviti fizikal yang tidak memerlukan pendedahan dalam tempoh masa yang lama dengan individu atau pemain lain mungkin merupakan pilihan yang lebih selamat. Acara trek, misalnya, mungkin kurang berisiko daripada sukan yang memerlukan seseorang berhubungan rapat dengan pemain lain untuk jangka waktu yang panjang.

  • Sukan atau aktiviti ‘outdoor’. Virus Covid-19 lebih mudah berjangkit di ruang tertutup dengan sistem pengudaraan yang lemah. Justeru sukan dan aktiviti ‘indoor’ dilihat tidak sesuai.
  • Sukan dalam pasukan yang tidak memerlukan banyak interaksi luar. Semakin banyak interaksi, semakin besar pendedahan terhadap jangkitan. Oleh itu adalah lebih baik memilih bersukan dalam pasukan kecil, atau berlatih dalam satu kumpulan yang sama, daripada bergaul bebas dengan pasukan atau jurulatih lain.

Namun, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap mencuci tangan, mandi selepas pulang ke rumah, dan sentiasa menjaga diri dan kesihatan tubuh badan anda.

Berikut adalah platform di mana anda boleh menghubungi pihak Dulah Educonsult. Jangan lepaskan peluang. Kami sedia membantu anda untuk kemasukan ke universiti pilihan luar negara.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here