Masalah untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti bagi remaja dan belia kini agak sukar. Ini kerana penggunaan digital yang terlalu lama ataupun ada kepentingan lain yang menyebabkan kitaran tidur mereka berubah. Masalah ini boleh mengakibatkan penurunan tenaga dan produktiviti keseimbangan emosi serta menjejaskan berat badan.
Walaupun remaja dan belia kini menyedari kualiti tidur itu penting untuk kesihatan, namun masih ramai di antara mereka berdepan dengan isu untuk mendapatkan tidur yang lena setiap malam.
Oleh itu, Deenamik hendak berkongsi tip atau cara kepada anda yang mengalami kesukaran untuk tidur malam dengan lena.
Tip 1: Selarikan kitaran tidur semula jadi badan
Selarikan kitaran tidur ini merupakan satu strategi penting untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti. Oleh itu, anda perlu mengatur atau menjadualkan waktu tidur anda dengan baik. DEngan mengikuti jadual tidur tersebut, badan anda akan lebih cergas dan bertenaga.
Tip 2: Kawal pendedahan kepada cahaya
Melatonin adalah hormone semula jadi yang dikawal oleh pendedahan cahaya. Oleh itu, pendedahan kepada cahaya boleh membantu waktu bangun-tidur anda.
Tip 3: Wujudkan persekitaran tidur yang selesa
Persekitaran tidur yang selesa boleh diwujudkan dengan memilih kawasan tidur yang jauh dari gangguan bunyi, memastikan bilik tidur sentiasa bersih dan selesa, serta sesuaikan suhu bilik dengan suhu badan anda iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Tip 4: Penjagaan makan dan minum
Amalan pemakanan juga memberi kesan kepada anggota badan untuk mendapatkan tidur yang lena. Oleh itu, remaja dan belia perlu mengehadkan pengambilan kafein yang berlebihan serta mengelakkan diri daripada mengambil hidangan makanan berat pada waktu malam.
Tip 5: Tenangkan fikiran
Tips ini boleh dilakukan dengan memalapkan atau mematikan lampu, mendengar alunan muzik yang instrumental serta hilangkan rasa kebimbangan atau tekanan di dalam diri masing-masing.
Selamat mencuba kepada pembaca DEENAMIK! Jika anda tidak berjaya mengikuti tips tersebut, anda disarankan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kesihatan.
Adakah anda berminat untuk melanjut pengajian di luar negara tetapi tidak tahu bagaimana? Jangan khuatir, Daulah Educonsult sedia membantu anda!
Peluang sambung belajar ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, DIPLOMA, MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL, IB dan setaraf.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan cara permohonan dan sebagainya, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult di talian:
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)