Home Rusia Lanjut Bidang Pengajian Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia

Lanjut Bidang Pengajian Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia

0
358

Anda berimpian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara? Daulah Educonsult sedia untuk merealisasikan impian anda. Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar dalam bidang perubatan, Kursk State Medical University merupakan salah satu institusi yang anda boleh pilih.

Kursk State Medical University

Kursk State Medical University yang terletak di Rusia merupakan antara sebuah universiti terkemuka di dalam bidang perubatan. Universiti ini lebih dikenali sebagai KSMU.  KSMU menawarkan program latihan perubatan dalam bahasa Inggeris. KSMU juga menawarkan pengajian dalam bidang perubatan yang terbaik kepada pelajar. Tidak cukup dengan itu, universiti ini juga mendapat pengiktirafan daripada pihak agensi kerajaan Malaysia iaitu MQA, JPA, KPT dan lain-lain.

Jika anda mahu memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, anda sangat digalakkan untuk mendaftar bersama Daulah Educonsult. Tidak hanya kepada pelajar lepasan diploma, asasi, matrikulasi, dan setaraf, pelajar lepasan SPM dan setaraf juga boleh mendaftar untuk menjadi pelajar perubatan di Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Antara bidang yang ditawarkan di KSMU adalah bidang Pra-Perubatan, Perubatan dan Gerentologi. Bidang-bidang ini boleh dipilih mengikut kesesuaian anda.

Di samping itu, Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang dapat membimbing pelajar dan menguruskan kemasukan pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Tawaran kemasukan ke KSMU dibuka pada setiap tahun tetapi terhad pada bulan Februari, April, Jun dan September sahaja.

Bagi pelajar yang berminat, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi pendidikan. Pelajar juga perlu melampirkan keputusan peperiksaan terkini pelajar untuk memudah urusan semakan kelayakan dibuat.

Untuk makluman pelajar, berikut adalah syarat kelayakan umum yang diperlukan untuk memohon kemasukan ke KSMU:
  1. Mengambil subjek Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan@Matematik)
  2. Lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Minima memperoleh Gred B untuk kesemua subjek Sains
  3. Lepasan STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf: Minima CGPA 3.00 dan ke atas

Bagi pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf, anda ditawarkan untuk mengikuti bidang Pra-Perubatan selama satu tahun. Setelah itu, anda akan menyambung pengajian ke bidang Perubatan selama enam tahun seperti yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi, A-Level dan setaraf.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan konsultasi berkenaan syarat kelayakan, anda boleh ke laman web Daulah Educonsult di http://daulahmedic.com/.

Selain itu, anda boleh menghubungi konsultan Daulah Educonsult di talian berikut. Anda juga boleh mengikuti laman media sosial Daulah Educonsult seperti di bawah.

Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

NO COMMENTS