Tan Sri Muhyiddin Yassin akan beri lebih tumpuan kepada partinya iaitu Parti Pribumi Malaysia (BERSATU). Hal ini berikutan dengan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan beliau sendiri menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur dan kekal berpolitik.

Muhyiddin juga mengatakan bahawa rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) akan bersama-sama dengannya untuk mengukuhkan lagi perjuangan parti untuk berdepan dengan pilihan raya yang akan datang. Persiapan untuk pilihan raya sudah bermula dengan membentuk jentera dan pelaksanaan strategi seperti yang telah dirancang.

Beliau berpendapat bahawa rakyat akan melihat ‘report card’ dan prestasi kerajaan PN jika tiada manifesto yang akan dibentangkan. Beliau juga menjangkakan adanya pandangan positif daripada rakyat untuk melihatnya sebagai Perdana Menteri semula dan itu diserahkan sepenuhnya rakyat.

BACA JUGA :   “Kita Akan Tapis Ahli Baharu”-Tun Dr. Mahathir

Di samping itu, Muhyiddin menganggap peletakan jawatan tersebut ada hikmah di sebaliknya. Ini kerana beliau akan ada lebih masa untuk beri tumpuan kepada partinya. Beliau juga yakin bahawa rakyat sudah melihat kerajaan PN betul-betul menjaga kesejahteraan rakyat.

Kenyataan itu bukanlah untuk mendabik dada. Namun, jika diberi peluang beliau yakin PN mampu untuk buat lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Astro Awani

 

Anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke universiti-universiti pilihan luar negara boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Daulah Educonsult seperti yang tertera di bawah. Anda juga boleh mengikuti platform media sosial Daulah Educonsult untuk mendapatkan info-info terbaru dan terkini.

BACA JUGA :   Pemilik Perniagaan Menyeru Kerajaan Buka Semua Sektor Ekonomi

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here