Ronnie Liu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) kini sudah sedia untuk mengambil alih pimpinan kerajaan khususnya bagi menangani wabak Covid-19.

Sekiranya Pakatan Harapan dapat menjadi kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa polisi tertentu akan dirombak dan diperbetulkan. Perkara ini berikutan isu di mana rakyat masih lagi melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Oleh itu, jika PH menjadi kerajaan baharu, segala pengesanan, ujian saringan dan pencegahan dari segi SOP akan dirombak semula dengan membetulkan kesilapan dan kecuaian yang dilakukan.

Terdahulu, beberapa parti politik utama menggesa supaya undian tidak percaya dilakukan segera tehadap Muhyiddin. Perkara ini dilakukan dengan alasan Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat.

BACA JUGA :   Peluang Harus Diberikan Dan Jangan Sampai Mendesak??

Namun begitu, Muhyiddin berkata dalam Perutusan Khasnya berkenaan Yang di-Pertuan Agong memperkenan agar undi percaya oleh pihak Kerajaan akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada September akan datang.

Ronnie Liu mengulas lanjut dengan berharap agar Anwar dapat dipilih oleh Agong untuk menjadi Perdana Menteri baharu. Beliau turut berkata sudah masa Muhyiddin mengundurkan diri dan beri laluan kepada kerajaan baharu.

Beliau juga percaya dengan pengalaman dan kesungguhan Datuk Seri Anwar dalam menangani pandemik Covid-19 dengan secepat mungkin. Ini juga masanya untuk kerajaan pimpinan Anwar itu fokus dengan sumber yang ada untuk menangani wabak yang melanda ini. Seterusnya menyelesaikan isu ekonomi negara yang kian merudum dan memberi kebimbangan kepada rakyat yang terjejas pendapatan mereka.

BACA JUGA :   Muhyiddin Beri Tumpuan Kepada Parti BERSATU Dan Kekal Berpolitik

Sumber: Astro Awani

Hubungi konsultan Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kemasukan ke universiti luar negara. Anda juga boleh mengikuti laman rasmi Daulah Educonsult seperti yang tertera.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here