Adakah anda berimpian untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Indonesia? Jika ya, mari mendaftar menerusi Daulah Educonsult untuk ke universiti terbaik di Indonesia.
Universiti di Indonesia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang Sains Kesihatan (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar), Pertanian dan Pengajian Islam.
Bagi anda yang berminat untuk membuat kemasukan ke Universiti di Indonesia, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi.
-
Bidang Sains Kesihatan:
-
Lepasan SPM/IGCSE/O-Level dan setaraf: Minimum Gred B bagi semua subjek Sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik@Matematik Tambahan)
-
Lepasan Diploma/Asasi/Matrikulasi/STPM dan setaraf: Minimum CGPA 3.00 bagi semua subjek Sains
-
Bidang Pengajian Islam:
-
Lepasan SPM/IGCSE/O-Level dan setaraf: Minimum Gred B bagi semua subjek
-
Lepasan Diploma/Asasi/Matrikulasi/STAM dan setaraf: Minimum CGPA 3.00 bagi semua subjek
Berikut merupakan antara UniversitI terbaik di Indonesia yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Universiti tersebut telah disenaraikan sebagai universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
Universitas Sumatera Utara
Universitas Sumatera Utara atau dikenali sebagai USU ditubuhkan pada tahun 1952. USU menawarkan pelbagai bidang pengajian Sains Kesihatan seperti bidang Perubatan kepada pelajar. Bidang Farmasi dan Pergigian juga turut ditawarkan. Jika pelajar mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di USU, anda boleh membuat permohonan kemasukan melalui Daulah Educonsult.
Universitas Airlangga
Universitas Airlangga merupakan universiti yang kedua tertua di Indonesia. Ia juga merupakan antara universiti ‘big 5’ di Indonesia. Antara fakulti yang terdapat di universiti ini adalah Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Veterinar. Universiti ini menjalankan pembelajarab berasaskan kaedah ceramah klasik, tutorial dan praktikal.
Universitas Hasanuddin
Perasmian universiti Hasanuddin dirasmi oleh Nain Presiden Drs. Moh. Pada 10 September 1956, status Fakultas Kedokteran Makassar berubah menjadi Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin. Dalam menjalankan misinya, Fakulti Kedokteran Universitas Hasanuddin menjunjung tinggi nilai-nilai seperti semangat mengembangkan diri dan belajar seumur hidup, selalu meningkatkan mutu dan akauntabiliti dan kesejawatan.
Universitas Padjadjaran
Universiti ini ditubuhkan pada 11 September 1957 dengan visi “Menjadi Universitas Unggul Dalam Penyelenggaraan Pendidikan Kelas Dunia Tahun 2026.” Universiti ini mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan dan Fakulti Farmasi.
Institut Pertanian Bogor (IPB)
IPB ditubuhkan pada 1 September 1963 sebagai bentuk pemikiran berwawasan dari pemimpin negara yang peduli dengan Universiti Pertanian. Ia juga merupakan universiti bertaraf dunia dengan kompetensi dala bidang pertanian, biosains dan pelbagai bidang yang berkaitan.
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA)
UIN SUSKA juga antara pilihan terbaik jika anda ingin melanjutkan pelajaran di Indonesia. UIN SUSKA menawarkan bidang Pengajian Islam kepada pelajar. Namun, bidang Pengajian Islam boleh dipilih menerusi Fakulti Tarbiyah & Keguruan, Syariah & Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah & Ilmu Komunikasi, Sains & Teknologi, Psikologi & Ekonomi dan Ilmu Sosial.
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry
Universiti ini ditubuhkan bersempena nama seorang ulama dan mufti terkenal. UIN Ar-Raniry juga menawarkan pelbagai bidang Pengajian Islam kepada peajar selain dari UIN SUSKA. Fakulti yang terdapat di UIN Ar-Raniry adalah Fakulti Syariah & Hukum, Fakulti Usuluddin & Filsafat, Fakulti Dakwah & Komunikasi, dan Fakulti Adab & Humaniora. Anda boleh memilih bidang pengajian Islam mengikut kesesuaian minat anda.
Jika anda berminat untuk sambung belajar di mana-mana Universiti di atas, anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult menyediakan khidmat konsultasi pendidikan secara percuma kepada pelajar.
Pelajar atau ibu bapa boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult untuk bertanyakan perihal cara pendaftaran bagi kemasukan ke universiti di luar negara. Klik pautan di bawah atau hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)