Datuk Seri Amiruddin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor mengatakan beberapa pelan dan perancangan bagi mengatasi wabak Covid-19 akan dibahas di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14. Persidangan tersebut akan bermula 23 Ogos sehingga 6 September 2021.
Beliau berkata pelan dan perancangan tersebut merupakan antara pengisian sesi perbahasan dalam sidang DUN. Bukan itu sahaja, membahas titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas Majlis Istiadat Pembukaan DUN Selangor juga antara pengisian dalam siding DUN yang akan berlangsung.

Selain itu, pembukaan DUN Selangor telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan DUN akan mula bersidang selama sembilan hari yang bermula pada hari Selasa sehingga 6 Sepetember 2021.
Sultan Sharifuddin juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Selangor Ke-14.
Istiadat pembukaan DUN Selangor ini akan bermula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kehadiran ahli DUN juga dihadkan kepada 150 orang sahaja berbanding dengan 500 orang sebelum ini.
Di samping itu, perbahasan berkenaan beberapa pelan dan perancangan mengatasi wabak Covid-19 ini adalah untuk memastikan ketahanan ekonomi dan keupayaan Selangor sebagai asas pembangunan dan kemajuan negara dapat dipertahan dan diperkukuh lagi.
Namun begitu, Datuk Seri Amiruddin Shari menyarankan supaya Ahli DUN membahaskan isu tersebut dengan cara yang baik. Beliau juga meminta ahli DUN untuk memberikan cadangan kepada kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan berkenaan isu pandemik yang melanda negara kini.
Sumber: Astro Awani
Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan khidmat konsultasi kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Antara pilihan negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir.
Sekiranya ada di antara kalian atau ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak belajar di luar negara, anda boleh hubungi terus pihak konsultan Daulah Educonsult di talian yang tertera di bawah. Anda juga boleh mengikuti laman media sosial Daulah Educonsult untuk maklumat yang lebih lanjut dan info-info terkini berkenaan sesi kemasukan dan universiti.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)