Vaksin Moderna yang dihasilkan mencatat keberkesanan sekitar 93 peratus sehingga enam bulan selepas dos kedua. Data ini hampir sama dengan keberkesanan sebanyak 94 peratus yang dicatatkan dalam ujian klinikal sebelum ini.

Namun, syarikat yang menghasilkan Moderna ini mengakui suntikan booster tetap diperlukan sebelum musim sejuk. Ini kerana tahap antibodi individu mungkin dijangka akan menurun.

Vaksin Moderna dan Pfizer BioNTech ini dihasilkan menggunakan teknologi mRNA mampu mempertahan tahap perlindungan tinggi terhadap virus terutama dalam tempoh pandemik dan varian yang sedang merebak.

Stephane Bancel yang merupakan Ketuan Eksekutif Moderna mengatakan syarikatnya tidak akan dapat untuk menghasilkan lebih daripada 800 juta sehingga 1 bilion dos vaksin yang disasarkan untuk tahun ini.

Syarikat tersebut juga tidak akan menerima apa-apa tempahan vaksin kerana jumlah penghasilannya telah mencapai tahap maksimum.

Dos Moderna mengandungi 100 mikrogram lebih tinggi berbanding Pfizer yang hanya mengandungi 30 mikrogram sahaja.

Data yang diambil dalam tempoh enam bulan juga menunjukkan bahawa vaksin Moderna ini masih memberi perlindungan 98 peratus terhadap penyakit yang kiritikal. Malah, vaksin Moderna ini berkesan 100 peratus untuk mencegah kematian yang berpunca daripada Covid-19.

Sumber: Astro Awani

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here