Lewat petang Selasa, Muhammad Ziyad dilaporkan telah memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru kategori F20 dengan catatan 17.94 meter menerusi lontaran ketiganya yang menyumbangkan pingat emas kedua buat Malaysia.
Bagaimanapun, kemenangan itu dibatalkan selepas mendapat bantahan daripada atlet Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad tidak berada di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan. Seterusnya membuat kemenangan itu menjadi milik atlet Ukraine tersebut.
Rata-rata pengguna Twitter telah meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Jawatankuasa Paralimpik serta sikap atlet Ukraine yang menyebabkan kemenangan emas Ziyad terbatal walaupun telah memecahkan rekod dunia.
Dalam pada itu, kemarahan dan kekesalan daripada rakyat Malaysia masih lagi belum reda. Ini kerana kemenangan pingat emas Muhammad Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan. Oleh kerana itu, nama Ziyad turut menjadi trending di Twitter sehingga hari ini dengan tanda pagar #justiceforziyad dan #shameonukraine.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga mengesahkan bahawa perkara yang melibatkan penarikan semula pingat emas Muhammad Ziyad itu masih lagi dalam perbincangan.
Sumber: Astro Awani
Di samping itu, jika anda mempunyai keluarga atau kenalan yang berminat untuk melanjut pengajian dalam bidang Pra-Perubatan dan Perubatan terbaik di Kursk State Medical University, anda boleh terus berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan teliti.
Jangan lepaskan peluang untuk sambung pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pihak Daulauh Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)