Bidang Pengajian Islam kini semakin meluas dan mendapat tempat dalam dunia pendidikan. Sudah banyak sekolah dan universiti di Malaysia mahupun luar Malaysia yang menawarkan kursus dalam bidang Pengajian Islam. Bidang ini juga banyak memberi sumbangan dalam meluaskan lagi ilmu terutama dalam bidang Pengajian Islam.
Bagi anda yang mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pastinya anda mencari institusi terbaik untuk menyambung pengajian. Jangan khuatir, Daulah Educonsult ada menawarkan bidang Pengajian Islam dan universiti yang menjadi pilihan majoriti pelajar setiap tahun. Banyak kelebihan yang anda dapat sekiranya menggunakan khidmat yang diberi oleh Daulah Educonsult ini. Tambahan pula menuntut ilmu itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam.
Oleh itu, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau (UIN SUSKA, Riau) menjadi sebutan dan pilihan bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Indonesia.
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau disebut juga UIN SUSKA, Riau merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Indonesia. Nama tersebut dipilih sempena nama sultan ke-12 iaitu Sultan Syarif Karim atau sultan terakhir Kesultanan Siak Sri Inderapura. Universiti ini ditubuhkan pada 4 Januari 2005 dan masih dibuka sehingga sekarang.
UIN SUSKA menjadi pilihan pelajar Malaysia yang berdaftar di bawah Daulah Educonsult untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Hal ini kerana UIN SUSKA terletak berdekatan dengan Malaysia dimana ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru.
Seterusnya, UIN SUSKA menggunakan medium bahasa pembelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Indonesia. Medium bahasa yang digunakan dan menjadi pilihan pelajar Malaysia adalah penggunaan Bahasa Indonesia kerana dialek yang hampir sama dengan Bahasa Malaysia sekaligus membantu memudahkan urusan pembelajaran pelajar Malaysia di sana.
Berikut adalah senarai program Ijazah Sarjana Muda bidang Pengajian Islam yang menjadi pilihan pelajar Malaysia:
-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Perbandingan Agama)
-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Ilmu Akidah)
-Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Ilmu Al-Quran & Tafsir)
-Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hukum Ekonomi Syariah – Muamalah)
-Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi Syariah)
-Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hukum Keluarga)
-Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Ilmu Komunikasi (Pengurusan Dakwah)
Setrusnya, syarat kelayakan am utuk memasuki Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim adalah seperti berikut:
-
Bagi pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level dan setaraf: Minimum Gred B bagi semua subjek mata pelajaran.
-
Bagi pelajar lepasan Diploma/ Asasi/ STAM/ STPM/ Matrikulasi dan setaraf: Memperoleh minimum CGPA 3.00 dan ke atas.
Untuk dapatkan khidmat konsultasi, anda boleh berhubung dengan pihak Dulah Educonsult. Daulah Educonsult menawarkan khidmat konsultasi terbaik sepanjang tahun bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)