Sejak bulan Februari 2021, orang ramai diseru memulakan aktiviti pelancongan di lokasi setempat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). Ini berikutan dengan susulan kerajaan yang membenarkan aktiviti pelancongan beroperasi di kedua-dua kawasan itu.
Namun, para pelancong perlulah bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa dan mempraktikkan amalan norma baharu.
Admin pasti, ramai orang yang merancang untuk bercuti bagi menghabiskan cuti tahunan dan juga mlegakan fikiran. Dengan itu, percutian yang terbaik mestilah mempunyai fasiliti lengkap, tempat penginapan cantik dan mempunyai pemandangan yang menarik.
Dalam tempoh PKPB di beberapa tempat sekarang ini, pasti ramai yang merindui kenangan untuk kembali melancong. Dalam situasi Covid-19 hari ini, ianya sangat mustahil untuk melancong ke luar negara. Oleh itu, melancong di dalam negara sendiri adalah pilihan yang terbaik. Malaysia juga mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Setiap negeri di Malaysia juga mempunyai daya tarikan pelancong yang tersendiri.
Sebelum anda melancong, anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Percutian yang dirancang dengan baik dan teliti pasti lebih jimat.
1.Rancang Tempat Percutian dan Bajet
Anda perlu merancang percutian anda terlebih dahulu dengan memilih tempat untuk bercuti. Selepas pemilihan tempat dibuat, anda boleh menetapkan bajet anda. Anda juga boleh bersedia lebih awal dengan membuat tabung pelancongan untuk anda dan keluaraga atau rakan anda. Namun, anda perlu untuk terus konsisten menabung supaya bajet percutian sentiasa mencukupi segala keperluan anda.
2.Rancang Waktu Perjalanan
Lazimnya, orang ramai akan mula melancong setiap kali menjelang cuti persekolahan atau cuti panjang. Waktu tersebut merupakan waktu puncak di mana pakej dan tiket pelancongan akan lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Oleh itu, elakkan bercuti pada waktu kemuncak dan rancang percutian anda lagi-lagi dalam tempoh pandemik ini.
3.Mencari Maklumat Tempat Percutian Anda
Anda sepatutnya mengetahui segala maklumat mengenai tempat percutian anda. Ini kerana ia akan menjadikan tempat percutian anda lebih berbaloi dan lebih menarik. Anda juga boleh merancang aktiviti yang anda akan buat bersama keluarga atau rakan anda supaya percutian anda tidak sia-sia dan lebih menyeronokkan.
4.Rancang Jenis Pengangkutan Yang Bakal Digunakan
Jika melancong, pasti ada dua pilihan pengangkutan sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau pun menggunakan pengangkutan awam. Tetapi, lebih baik jika anda menggunakan kenderaan sendiri kerana anda boleh jimat bajet. Anda juga bebas untuk ke mana-mana sekiranya anda menggunakan kenderaan sendiri.
Namun begitu, jika anda tidak mahu memenatkan badan anda dengan hanya memandu dalam jangka waktu yang lama, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan awam.
5.Masak Sendiri
Sekiranya anda melancong di dalam negara, ianya tidak sukar untuk anda mencari makanan halal. Namun, untuk percutian bajet, anda digalakkan untuk masak sendiri seperti BBQ, oden dan sebagainya. Jadi, pilihlah menu makanan kesukaan anda dan sediakan bahan masakan anda sendiri. Ini juga cara terbaik untuk satu percutian yang lebih jimat.
Daulah Educonsult membimbing dan mengurus pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Negara yang ditawarkan Daulah Educonsult adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Manakala bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Pengajian Islam, Kejuruteraan dan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi pautan di bawah:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)