Adakah anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir? Jika ya, pastikan anda ambil maklum berkenaan info-info yang berkaitan dengan universiti ini. Selain melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir menggunakan SPM dan STAM, terdapat satu cara lagi yang boleh anda lalui.

pelajar di al-azhar mesir

Cara tersebut adalah dengan melalui sesi pengajian di Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sekolah menengah kebajikan yang diterajui oleh pihak Al-Azhar. Pelajar yang menyambung pengajian di sini tidak perlu membayar apa-apa yuran pengajian selain dari kos sara hidup dan bahan bantu pelajar.

Pengajian di Maahad Buuth, Mesir tidak seperti pengajian di sekolah menengah biasa yang terletak di Malaysia. Akan tetapi, pengajian adalah berdasarkan sistem lompat dan pelajar akan nak ke tingkatan seterusnya berdasarkan prestasi pelajaran pelajar.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah, Tiket Anda Untuk Sambung Pengajian Ke Universiti Al-Azhar Tanpa Sijil SPM/STAM

Adapun begitu, kemasukan ke Maahad Buuth adalah tidak mudah. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum melanjutkan pengajian di Maahad Buuth. Antara prosedur tersebut adalah mengikuti kelas atau program tambahan untuk meningkatkan keupayaan Bahasa Arab pelajar.

DAFTAR ONLINE

Hal ini kerana, sesi pembelajaran akan dijalankan dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Bagi pelajar Malaysia yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab, ia tidak menjadi masalah kerana terdapat sekolah persediaan yang dipanggil Dirosah Khossoh. Di sekolah persediaan ini, pelajar akan memantapkan lagi Bahasa Arab pelajar sebelum dibenarkan untuk memasuki Maahad Buuth.

pelajar di mesir

Sebelum pelajar bermula di Dirosah Khossoh atau Maahad Buuth, pelajar akan melalui satu ujian bahasa yang dipanggil Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini boleh menentukan sama ada pelajar boleh terus melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Kenali Fakulti Perubatan Dan Farmasi di Universiti Zagazig

Jika anda berumur di antara 14 sehingga 21 tahun dan berminat untuk melalui jalan ketiga ke Universiti Al-Azhar, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Pengasas Daulah Educonsult telah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menghantar pelajar ke luar negara khususnya Mesir.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan laluan ketiga untuk ke Universiti Al-Azhar ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:-

Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Instagram : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here