Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu peperiksaan besar di Malaysia. Kegunaan sijil SPM adalah sangat pelbagai dan boleh dikatakan, jika anda mahu mendapatkan pekerjaan di Malaysia, sekurang-kurangnya anda memerlukan sijil ini pada masa kini.
Namun, selain daripada mendapatkan pekerjaan, salah satu kegunaan sijil ini adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi, SPM bukan hanya satu sijil yang boleh digunakan, sebaliknya terdapat pelbagai sijil lain yang setaraf. Antara sijil lain yang digunakan adalah IGCSE dan O-Level.
Sudah tahu berkenaan sijil? Mari baca dengan lebih mendalam berkenaan peluang sambung belajar di luar negara yang boleh pelajar daftar menggunakan keputusan Percubaan SPM. Peluang tersebut adalah peluang sambung belajar di Kursk State Medical University yang terletak di Rusia.
Bagi anda yang meminati bidang perubatan dan berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara, peluang ini adalah yang terbaik untuk anda. Dengan hanya keputusan percubaan SPM, anda boleh mendaftar untuk sambung belajar di luar negara.
Untuk lakukan pendaftaran ke universiti ini, anda boleh melampirkan keputusan percubaan peperiksaan SPM anda kepada konsultan Daulah Educonsult. Daripada sini, konsultan akan memberikan penerangan lanjut berkenaan tatacara pendaftaran yang perlu dilakukan oleh pelajar.
Kursk State Medical University atau lebih mudah dikenali sebagai KSMU mempunyai pelbagai lagi kelebihan lain. Antara kelebihan tersebut adalah menawarkan bidang pra-perubatan kepada pelajar daripada lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan lain-lain yang setaraf.
Pra-perubatan di KSMU adalah selama satu tahun yang berfungsi sebagai Asasi Sains kepada pelajar. Setelah tamat pengajian pra-perubatan selama satu tahun, pelajar boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Tempoh pengajian ini adalah selama enam tahun.
Selain daripada itu, KSMU juga menawarkan sistem pembayaran yang mesra pelanggan di mana yuran pengajian telah ditetapkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). Yuran pengajian juga sudah ditetapkan dari mula pengajian sehingga tamat dengan tiada perubahan sepanjang pengajian berlangsung.
Dengan hal ini, pelajar dapat menyemak bajet kewangan dan melakukan persediaan pembayaran yang diperlukan tanpa perlu memikirkan perubahan aliran mata wang. Tidak cukup dengan itu, yuran pengajian perubatan di KSMU juga adalah antara yang terendah berbanding yuran pengajian di universiti sekitarnya.

Seterusnya, apa yang paling penting adalah KSMU menawarkan hostel untuk semua pelajarnya dan menawarkan fasiliti pembelajaran yang lengkap kepada pelajarnya. Dengan itu, pelajar akan dapat belajar dalam suasana yang penuh lengkap dan yang penting bahasa yang digunakan semasa pengajian adalah Bahasa Inggeris.
Anda memerlukan maklumat tambahan mengenai universiti ini atau memerlukan bimbingan lanjut daripada konsultan Daulah Educonsult? Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi talian dan media di bawah.
Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)