Menurut masyarakat Indonesia, Medan adalah pintu masuk utama kepada seluruh kawasan Sumatera Utara. Sumatera Utara pula dikatakan mempunyai kecantikan flora dan fauna yang sangat mengagumkan. Namun, ia tidak diketahui oleh segelintir masyarakat luar khususnya dari negara luar.

Oleh itu, pada kali ini Deenamik akan berkongsikan sedikit sebanyak berkenaan beberapa tempat menarik yang ada di Sumatera Utara, Indonesia. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan kepada anda yang berminat untuk melancong atau belajar ke Indonesia.

  1. Tasik Toba
Sumber: Google Image

Dikatakan hasil daripada letusan gunung berapi, Tasik ini mempunyai sebuah pulau yang dipanggil Samosir. Ia menawarkan kecantikan yang luar biasa kepada orang awam dan pelancong khususnya kepada si pencinta alam.

  1. Berastagi, Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung
Sumber: Google Image

Menawarkan bekalan buah-buah dan sayur-sayuran kepada pengunjungnya, Berastagi menjadi lokasi terkenal pada waktu hujung minggu bagi masyarakat Medan. Ia juga mempunyai dua gunung kembar Gunung Sibayak dan Sinabung yang boleh menjadi kegemaran para pendaki atau mereka yang menggemari sukan lasak.

  1. Air Terjun Sipiso Piso
Sumber: Google Image

Merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia, ia berpunca dari bukaan batu 120 meter di atas gaung Kabanjahe. Pemandangan indah dan menyegarkan menjadikan ia salah sebuah destinasi bagi tarikan masyarakat setempat dan pelancong.

  1. Air Terjun Sibolangit Dua Warna
Sumber: Google Image

Terkenal sebagai air terjun dua warna, ia merupakan salah satu tempat tarikan pengunjung ala-ala berada di kayangan.  Anda bakal lihat air terjun berwarna putih menjunam ke dalam kolam kristal biru yang sejuk.

  1. Tinggi Raja
Sumber: Google Image

Jika anda menyukai Pamukkale yang berada di Turki, pemandangan yang serupa boleh anda dapati di Tinggi Raja. Kejadian seakan ini berlaku disebabkan oleh mata air panas semula jadi yang telah mengeras maka terbentuk titisan “salji suam” yang wujud daripada kalsium karbonat.

BACA JUGA :   Ketahui Lokasi Menarik di Surabaya, Indonesia

Bukan setakat lima tempat ini, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh anda jelajahi di Sumatera Utara secara keseluruhan. Jika Indonesia adalah destinasi pilihan sambung belajar anda, anda boleh dapatkan konsultasi bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan peluang sambung belajar di Universitas Sumatera Utara, Medan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Peluang ini juga dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf.

Pendaftaran bagi sesi September 2022 sudah dibuka, jadi dapatkan maklumat lanjut segera kerana kuota pendaftaran adalah terhad! Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi

Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here