Nak belajar di luar negara tapi masih keliru terutama bebanan kos yang kadangkala terlalu tinggi? Tak perlu pergi jauh kalau mahu melanjutkan pengajian ke luar negara, Indonesia kan ada? Terdapat pelbagai universiti yang terbaik disediakan oleh negara jiran ini. Tambahan, pelbagai bidang turut ditawarkan di sana.

Sebelum itu, ayuh ketahui perkara penting yang perlu anda tahu sebelum melanjutkan pengajian ke Indonesia.

  1. Kualiti Pendidikan

Hampir kesemua universiti yang ditawarkan oleh negara Indonesia telah pun mendapat pengiktiran dari beberapa badan organisasi yang bertaraf antarabangsa. Antaranya ialah seperti MQA, MMC, JPA. Pengiktirafan ini adalah sangat penting ya!

Misalnya seperti Universitas Sumatera Utara (USU) yang bertaraf antarabangsa kerana mereka bukan sahaja menerima kemasukan dari pelajar tempatan malahan pelajar antarabangsa juga terutama dari Malaysia!

2. Kos Pengajian yang Rendah

Tidak dapat dinafikan, kos pengajian di Indonesia jauh lebih murah berbanding di negara membangun yang lain. Kos pengajian di universiti awam misalnya lebih murah. Tambahan, bukan sahaja kos pengajian yang murah, kos hidup dan pengangkutan juga jauh lebih murah.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Dhaka Dental College

3. Majoriti Rakyat Beragama Islam

Isu ini paling penting dimana hampir majoriti rakyat Indonesia adalah beragama Islam dan makanan HALAL mudah didapati! Makanan ruji rakyat Indonesia adalah nasi iaitu sama dengan makanan ruji rakyat Malaysia. Bukan orang Malaysia lah kalau tak makan nasi ?.

Tambahan, terdapat lambakan masjid dan surau / musollah untuk menunaikan solat. Oleh itu, tak perlu risau dan bimbang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim ealaupun di luar negara.

4. Kepelbagaian Bahasa & Adat Budaya

Indonesia sebuah negara yang kaya dengan adat budaya yang tinggi. Sangat rugi rasanya kalau belajar di negara orang tapi tidak mendalami adat dan budaya negara tersebut. Tambahan, Indonesia mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari bahasa Indonesia . Mana lah tahu boleh aplikasikan sepanjang bergelar pelajar di sana ?

Berimpian melanjutkan pengajian di Indonesia dalam bidang perubatan? Teringin bergelar seorang doktor paakr, doktor haiwan atau doktor gigi? Tahukah anda, pekerjaan tersebut bukan sahaja glamor malahan didatangkan dengan tanggungjawab yang besar. Ingin tahu lebih lanjut bagaiman untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Indonesia? Ikuti perkongsian di bawah mengenai Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Ketahui Lokasi Menarik di Surabaya, Indonesia

Daulah Educonsult adalah platform terbaik untuk anda melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara. Kali ini, kemasukan yang sedang dibuka adalah untuk pelajar lepasan SPM, ICGSE, O-Level, Diploma, STPM, Asasi, A-Level, IB, Matrikulasi dan setaraf. Masih ragu-ragu dengan keputusan yang diperoleh? Jalani sesi konsultasi bersama konsultan terbaik mereka secara online dan juga offline.

Antara universiti yang ditawarkan untuk bidang perubatan adalah seperti berikut :

Universitas Sumatera Utara

Bidang : Perubatan , Pergigian, Farmasi

Universitas Air Langgar

Bidang : Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar

Universitas Hassanudin

Bidang : Perubatan

Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2020. Pelajar yang berminat untuk menjadi salah seorang frontliner negara boleh hubungi konsultan di Daulah Educonsult untuk mula merancang masa depan anda!

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here