Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan universiti pilihan anda? Bercadang untuk mendalami ilmu pengajian Islam di bumi Mesir yang penuh dengan khazanah agama Islam? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Jika anda mempunyai anak-anak yang masih berada di bangku sekolah atau anda adalah seorang pelajar yang mempunyai minat yang tinggi untuk belajar. Peluang ini adalah yang terbaik untuk anda. Daulah Educonsult sedang membuka peluang untuk sambung pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar menerusi program Madrasah.
Untuk pengetahuan anda, program Madrasah ini telah diwujudkan sebagai persediaan pelajar sebelum menempuh pengajian di Maahad Buuth, Mesir. Kemasukan ke Madrasah ini tidak memerlukan pelajar mempunyai sijil SPM atau STAM. Jadi, secara asanya, pelajar boleh melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa menggunakan mana-mana sijil terbabit.
Sebelum memasuki Maahad Buuth. Pelajar terlebih dahulu akan menghadiri program Madrasah. Pelajar akan melakukan persediaan dari segi penguasaan Bahasa Arab sebelum nama dipanggil untuk menghadapi Ujian Imtihan Qabul.
Setelah pelajar mengambil ujian tersebut, pelajar akan dinilai berdasarkan penguasaan Bahasa Arab pelajar. Jika pelajar lulus dengan cemerlang, pelajar akan terus masuk ke Maahad Buuth dan menjalani pengajian di peringkat menengah. Namun, jika pelajar tidak berjaya untuk lulus dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di sekolah pra-menengah yang dinamakan Dirosah Khossoh.
Pelajar perlu menamatkan pengajian di peringkat Dirosah Khossoh terlebih dahulu sebelum masuk mendaftar untuk ke Maahad Buuth. Pelajar akan terus membuat persediaan bagi Bahasa Arab semasa di Dirosah Khossoh. Mengapa Bahasa Arab? Hal ini kerana pengajian di Maahad Buuth akan dijalankan sepenuhnya di dalam Bahasa Arab.
Kebanyakan pelajar dari Malaysia yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab akan memulakan pengajian di Dirosah Khossah, jadi pelajar tidak perlu bimbang. Tambahan daripada itu, sistem pengajian di Mesir adalah sistem lompat, bukan seperti di Malaysia.
Jadi, pelajar tidak akan naik ke peringkat seterusnya berdasarkan umur pelajar sebaliknya berdasarkan prestasi pelajar semasa mengambil ujian di peringkat-peringkat tertentu. Dirosah Khossoh mempunyai enam peringkat, begitu juga di Maahad Buuth.
Setelah menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar boleh terus menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir melalui tiga bidang utama iaitu Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Pengajian selama berada di Dirosah Khossoh dan Maahad Buuth mungkin mengambil masa daripada tiga ke enam tahun. Manakala bagi pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir tempoh masa pengajian adalah selama empat tahun.
Anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan tawaran peluang sambung belajar ini? Hubungi Daulah Educonsult sekarang menerusi
Nombor pejabat : 03-92851322
Talian khidmat pelanggan : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Website : www.daulahmedic.com
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu