Rusia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai lokasi tarikan pelancongan yang menjadi pilihan antaranya seperti Moscow, Tasik Baikal, Kaizan dan sebagainya. Namun tahukah anda, negara yang berasal dari Kesatuan Soviet ini mempunyai lambakan universiti berprestij bertaraf antarabangsa. Pelbagai negara memilih Rusia untuk menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di sini.

Mengapa Rusia Menjadi Pilihan?

Alasan utama pelajar memilih negara ini adalah kerana sistem pendidikannya yang terbaik. Walaupun negara ini kaya dengan adat dan budaya, namun pengajian kebanyakannya dilakukan dalam bahasa Inggeris. Tambahan, sistem pengajiannya juga adalah sistematik dan teratur. Tidak hairanlah Rusia antara negara pilihan utama pelajar dari Malaysia melanjutkan pengajian di negara ini.

Kos adalah perkara utama yang akan dipertimbangkan sekiranya untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Hal ini kerana pengajian dalam bidang sarjana sekurang-kurangnya mengambil masa paling minima adalah 3 tahun. Pelbagai kos yang perlu difikirkan termasuklah kos pengangkutan, kos kehidupan dan sebagainya. Rusia adalah antara negara yang menawarkan kos pengajian yang berbaloi dengan kualiti pendidikan yang diberikan.

BACA JUGA :   Red Square Moscow, Tidak Pernah Sunyi Dengan Manusia

Paling utama mengapa negara Rusia menjadi pilihan adalah kerana universiti yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari KPT, MQA, JPA dan MMC. Pengiktiran ini adalah sangat penting kerana ianya boleh menjamin sama ada sijil dari universiti tersebut laku atau pun tidak untuk digunakan. Membazir jika dah belajar bertahun-tahun, rupanya sijil dari universiti tersebut tidak boleh digunakan.

Siapa Yang Layak Memohon? 

Pelajar lepasan SPM, IGCSE, A-LEVEL, O-LEVEL, STPM, Matrikulasi, Asasi, IB, Diploma dan setaraf. Kepada pelajar lepasan di atas, anda sangat digalakkan untuk melakukan permohonan segera. Hal ini kerana Rusia adalah antara negara pilihan pelajar.

Pertama kali ingin melanjutkan pengajian ke luar negara? Anda boleh dapatkan konsultasi awal bersama Daulah Educonsult . Mereka adalah platform terbaik untuk anda mendapatkan nasihat dan khidmat jika ingin melanjutkan pengajian ke universiti di Rusia.

BACA JUGA :   Keunikan Senibina Bangunan Di Bangladesh

Universiti Yang Ditawarkan

Kursk State Medical University

Volgograd State Medical University

Privolzsky State Medical University

IM Sechenov First State Medical University

Saint Petersburg University

Moscow Aviation Institute

Antara bidang yang ditawarkan termasuklah bidang perubatan, kejuruteraan dan pengajian perniagaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian yang tertera di bawah :

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here