Tahniah kepada pasangan ibu dan ayah yang baru menimang cahaya mata baru. Tidak kisah sama ada anak pertama atau anak kedua, ketiga keempat, yang pasti ibu ayah mesti bahagia dengan kelahiran cahaya mata baru. Itu baru ibu ayah, cuba kalau baby tu cucu pertama atok opah pula, mesti seminggu sebelum due date bersalin dah bertapa kat rumah anak menantu. Tak sabar kan?

Baik, bila dah dapat baby baru ni pasti ibu ayah atau waris akan merancang hari khusus untuk mengadakan majlis akikah bersempena menyambut kelahiran bayi tersebut. Orang kampung selalu sebut sebagai majlis kesyukuran. Jadi, meriahlah satu keturunan dan satu kampung, lebih-lebih lagi kalau ibu ayah atau waris bayi mempunyai gelaran tertentu atau terkenal di kawasan kampung.

Ada beberapa perkara yang mungkin selalu ibu ayah runsing kerana kurang pengalaman. Jom kita tengok satu per satu.

  1. Wajib ke buat akikah ni?
Sumber: Google Image

Pada asalnya, amalan ini adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila mereka mendapat anak lelaki, mereka akan menyembelih seekor kambing dan melumurkan darah kambing tersebut ke atas ubun-ubun bayi lelaki tadi. Apabila Islam datang, Rasulullah S.A.W. telah menukarkan budaya ini dengan akikah, sama ada untuk bayi lelaki ataupun perempuan, dan menyembelih kambing lalu dagingnya diberi makan kepada mereka yang memerlukan. Ubun-ubun bayi pula disapu dengan wangi-wangian. Sangat indahkan Islam? Islam tidak menghapuskan budaya, tetapi menukar budaya tersebut supaya serasi dengan Islam.

BACA JUGA :   Menghindari Kulit Bayi yang Sensitif: Panduan yang Harus Diketahui

Ini berdasarkan riwayat daripada Ibnu Sakan:

“Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.”

Maka, kita sebagai ibu ayah ni mesti sudah sedia maklum kan, hukum akikah anak adalah sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan. Jadi, jika ibu ayah berkemampuan, akikah ini boleh dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Hal ini kerana ia juga waktu terbaik yang ditentukan oleh agama untuk menjalankan akikah ini. Walau bagaimanapun, jika ibu ayah tidak berkemampuan, tidak mengapa sekiranya ditangguhkan akikah tersebut. Tapi janganlah tunggu sampai anak sudah akil baligh pula.

  1. Cukup ke duit nak buat majlis ni?

Apabila disebut merancang atau plan nak buat kenduri ni sebenarnya ia sangat berkait rapat dengan perancangan kewangan ibu ayah. Jadi, dari awal usia kandungan lagi dinasihatkan supaya plan betul-betul berkenaan kewangan supaya semua aktiviti pasca kelahiran berjalan dengan baik dan teratur. Tak ada salahnya kecil atau besar, asalkan dilakukan dengan penuh kesyukuran.

  1. Kena masak daging kurma saja ke?

Kalau kita perhatikan masyarakat Melayu di kampung-kampung, kebanyakannya pasti akan memasak menu daging kambing tersebut dengan masakan yang manis seumpama masak kurma. Ini sunnahnya. Kata mereka, ini juga ada hubung kait dengan cara bercakap bayi tersebut nanti. Harapannya supaya percakapannya opan santun, lemah lembut, indah apabila bercakap. Ibu ayah pun akan dapat tempiasnya. Tapi itu cara sewaktu zaman dahulu. Zaman sekarang, kambing akikah dah digolekkan, dan orang yang datang bertandang akan beratur menunggu giliran daging kambing yang ingin dijamah. Ikut selera dan tekak masing-masing ya?

BACA JUGA :   Sambut Bayi Baharu, Ini Antara Perkara Ibu Dan Bapa Perlu Tahu
Sumber: Google Image
  1. Kalau anak lelaki, mesti kena sembelih 2 ekor kambing ke?

Islam menggalakkan menyembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki, dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Tapi kalau tidak mampu, boleh sembelih seekor dulu. Tiada masalah. Tahun-tahun berikutnya, buat seekor lagi. Yang penting, ikut kemampuan masing-masing.

Untuk urusan akikah, pengurusan uri bayi, dan majlis tahnik, boleh hubungi syarikat Urigo. Sekiranya ibu ayah tidak mempunyai masa, ataupun tidak mempunyai kawasan tanah yang sesuai, ataupun tidak mampu menguruskan uri bayi dengan baik, janganlah pula dibiarkan, malah dibuang ataupun dibakar. Berilah kepada pihak yang berpengalaman dalam menguruskan uri bayi dengan baik.

My Urigo Services antara syarikat yang menawarkan servis pengurusan uri bayi, terapi postnatal bagi ibu selepas bersalin, majlis tahnik dan akikah.

Hubungi My Urigo Services dan tempah slot anda sekarang di:

Whatsapp:  +6011-2072 9609
Website: www.myurigo.com
Facebook: Urigo Services

Semoga kehidupan anak dan keturunan kita menjadi mulia dan diberkati Allah S.W.T.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here