Pendidikan di Indonesia adalah sangat ditekankan sama seperti di Malaysia. Bermula dengan pendidikan awal di sekolah rendah , menengah dan juga universiti. Aliran yang lebih kurang sama sahaja dengan sistem pendidikan di Malaysia. Universiti yang ditawarkan di Indonesia juga mempunyai kualiti setaraf antarabangsa. Ramai graduan luar dari negara republik ini melanjutkan pengajian di Indonesia.
Daulah Educonsult adalah antara platform yang membantu pelajar melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara khususnya negara Indonesia. Terdapat lebih dari 5 buah universiti yang ditawarkan dan telah pun mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia.
Universitas Sumatera Utara , Medan
Dikenali sebagai ‘universitas hijau’ oleh para siswazahnya, universiti ini dibina pada 4 Jun 1952 bagi memenuhi keperluan masyarakat Sumatera Utara dan juga masyarakat Indonesia yang lain. Walaupun antara universiti tertua di Indonesia, namun ramai pelajar memilih untuk menuntut disini dek kerana persekitarannya yang selesa dan fasiliti yang terbaik.
Bidang yang ditawarkan = Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Mendapat pengiktirafan penuh dari = WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Universitas Airlangga, Surabaya
Terletak di Surabaya dan ketika pembukaannya universiti ini merupakan antara lembaga tertinggi pertama di kawasan timur Indonesia iaitu pada tahun 1954. Dirasmikan oleh Presiden Republik negara itu yang pertama iaitu Dr. Ir. Soekarno pada 10 November 1954. Fakulti Perubatan antara fakulti pertama yang diwujudkan.
Bidang yang ditawarkan = Perubatan, Pergigian , Farmasi dan Veterinar
Mendapat pengiktirafan penuh dari = WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, MVC
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Universitas Hassanudin, Makassar
Dikenali dengan nama singkatan UNHAS oleh penduduk Indonesia, universiti ini ditubuhkan oada 10 September 1956 yang terletak di Sulawesi Selatan. Fakulti pertama yang ditubhkan adalah Fakulti Ekonomi yang terhasil dari cabang fakulti tersebut di Universitas Indonesia.
Bidang yang ditawarkan = Perubatan
Mendapat pengiktirafan penuh dari = WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, MVC
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Universitas Padjadjaran, Bandung
Didirikan dengan hanya 4 fakulti pada awal penubuhannya iaitu Fakulti Undang-Undang, Fakulti Ekonomi, Fakulti Pendidikan dan juga Fakulti Perubatan. Singkatan UNPAD dari nama penuh universiti ini didirikan pada 11 September 1957.
Bidang yang ditawarkan = Perubatan, Farmasi, Pergigian
Mendapat pengiktirafan penuh dari = WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, MVC
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
Dirasmikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia , K.H. Ahmad Dahlan pada tahun 1970, universiti yang panggilan singkatannya UIN SUSKA ini menawarkan bidang Pengajian Islam. Bagi pelajar yang bukan dari aliran agama juga anda boleh memohon untuk belajar ke universiti ini.
Bidang yang ditawarkan = Pengajian Islam
Mendapat pengiktirafan penuh dari = KPT, MQA, JPA
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, STAM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Aceh
Diadaptasi daripada nama seorang Ulama besar yang sangat berpengaruh pada zaman tersebut iaitu Syeikh Nuruddin Ar-Raniry yang berasal dari Ranir yang berasal dari Gujerat, India. Antara fakulti pertama yang diwujudkan adalah Fakulti Syariah dan Fakulti Tarbiah pada tahun 1962.
Bidang yang ditawarkan = Pengajian Islam
Mendapat pengiktirafan penuh dari = KPT, MQA, JPA
Lepasan = SPM, O-Level, Diploma, STPM, STAM, Asasi, A-Level, Matrikulasi, IB dan SETARAF
Kemasukan seterusya bagi kesemua universiti di atas adalah bulan September 2022. Pelajar boleh melakukan pendaftaran bermula sekarang. Jika anda masih keliru, anda boleh jalani sesi konsultasi bersama konsultan di Daulah Educonsult. Sesi konsultasi adalah PERCUMA dan boleh dijalankan di pejabat mereka atau secara atas talian.
Jika anda mahu ke pejabat, boleh walk in ke :
No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)