Beberapa buah negeri dan daerah di Malaysia dilanda bencana banjir dan majoriti kawasan berada dalam tahap bahaya dan membimbangkan. Lebih daripada 11,000 mangsa yang terjejas telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di enam buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan juga Terengganu.
Keadaan di Pahang dilaporkan semakin memburuk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS semakin meningkat. Terdapat 18 batang sungai telah melebihi tahap bahaya dan lapan batang sungai melepasi tahap amaran manakala enam lagi dalam tahap waspada.
Musibah banjir ini bukan sahaja dilanda oleh manusia, haiwan juga turut terjejas. Baru-baru ini tular sebuah video di platform media sosial di mana ada beberapa haiwan lair termasuklah seperti ular, labi-labi dan juga terdapat buaya mencuba untuk memasuki rumah penduduk yang terjejas. Namun masih tidak dapat dipastikan kesasihan lokasi video tersebut.
Antara penyebab utama haiwan-haiwan liar ini menceroboh kawasan penduduk adalah kerana habitat mereka musnah dek kerana musibah banjir ini. Oleh itu, mereka mencari rumah-rumah kosong penduduk dan menjadikannya habitat baru untuk berlindung. Tambahan, anda juga dinasihatkan untuk menjauhi pokok-pokok kerana dikhuatiri haiwan-haiwan berbiasa ini turut menjadikan pokok tersebut sebagai lokasi berlindung.
Terdapat beberapa Langkah yang boleh dilakukan untuk menghadapi haiwan-haiwan ini :
- Jauhi lokasi yang menjadi tumpuan haiwan-haiwan ini berlindung
- Hubungi pihak berkuasa seperti JPAM atau Bomba
- Periksa terlebih dahulu sekeliling rumah sebelum memasuki rumah
Kepada rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir ini, anda dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan kerana penyakit bawaan kuman mudah berjangkit. Tambahan, terdapat beberapa kawasan yang dimana bekalan air terganggu. Sentiasa dapatkan nasihat doktor dan petugas kesihatan jika anda merasakan diri tidak sihat.
Perlu diingatkan, COVID-19 masih lagi belum reda dan rakyat Malaysia masih lagi berjuang untuk memerangi virus ini.