Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan rahsia peradaban dan juga adat istiadat. Negara ini menpunyai pelbagai kisah lagenda yang boleh dijadikan teladan hidup. Tambahan, negara republic ini memyediakan lokasi pelancongan yang menarik di serata pelosok negara. Sebelum melancong ke sana, anda WAJIB ketahui lagenda dari negara tersebut. Ikuti perkongsian menarik Deenamik kali ini berkenaan lagenda di Danau Toba yang terletak di Medan, Sumatera Utara.

Danau Toba

Pertemuan Toba dan Ikan Emas

Toba, gelaran untuk seorang lelaki sebatang kara yang bekerja sebagai petani dan menjadikan hasil sungai sebagai sumber makanan utama. Kadangkala, hasil tangkapan dijual untuk meneruskan kelangsungan hidup. Disebabkan dia seorang yang sebatang kara, Toba adalah seorang pemudah yang berdikari.

Seperti kebiasaan, Toba ke sungai untuk memancing ikan. Dia berjaya menangkap seekor ikan yang bersaiz besar daripada kebiasannya dan berwarna kekuningan dan keemasan. Satu kejadian aneh berlaku apabila Toba mencuba untuk melepaskan mata kail daripada mulut ikan tersebut. Ikan tersebut berubah menjadi seorang wanita yang sangat jelita dimana sekaligus membuatkan Toba terpikat kepadanya.

“Tuan, saya adalah ikan yang terkena sumpahan yang akan berubah bentuk seprti makhluk hidup jika ada manusia yang memegangku.”

BACA JUGA :   Universiti Yang Diiktiraf Oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA Di Indonesia

Mereka saling memperkenalkan diri. Ikan tersebut bernama Putri. Toba yang sudah terpikat berkenan untuk menjadikan Putri sebagai teman hidupnya. Putri bersetuju namun dengan satu syarat. Syarat tersebut adalah Toba perlu menjaga rahsia Putri dan permintaan Putri segera dipersetujui oleh Toba.

Kehidupan Selepas Bernikah

Kehidupan mereka berdua bertambah lengkap dengan kehadiran sorang putera yang diberi nama Samosir. Samosir memiliki tubuh badan yang tegap namun sedikit berat tulang dan nakal. Hal ini kerana kerja sehariannya adalah tidur dan tidak menolong kedua orang tuanya.

Suatu hari, Putri meminta Samosir untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya. Namun disebabkan terlalu lapar, Samosir menghabiskan kesemua bekalan ayahnya di pertengahan jalan. Ketika mendapati bekalannya habis, Toba memarahi anaknya dengan berkata “ Dasar anak nakal, dasar kau anak keturunan ikan!”

Mendengar ayahnya berkata demikian, Samosir berlari pulang dan memberitahu ibunya. Putir sangat kesal kerana Toba tidak mampu menjaga rahsianya dan melanggar perjanjian yang mereka persetujui bersama. Putri memegang tangan Samosir dan mereka berdua hilang begitu sahaja.

Akibat Melanggar Perjanjian

Disebabkan Toba gagal menyimpan rahsia berlaku sumpahan dimana bekas terakhir kaki isteri dan anaknya menjadi sebuah sumber air yang mengalir dengan deras tanpa henti. Dalam sekelip mata, ianya mampu menenggelamkan tempat tinggal Toba dan sekitaranya. Maka, akibat peristiwa inilah wujudnya Danau Toba atau Tasik Toba.

BACA JUGA :   Nak masuk Madrasah Daulah? Ini cara nya !

Teladan Peristiwa yang Boleh Dipelajari

Perjanjian adalah satu amanah yang perlu dipegang dan jika dilanggar, akan memberi akibat yang sangat buruk. Oleh itu, cubalah menjadi seorang yang sentiasa berpegang dengan amanh yang dipertanggungjawabkan.

Peluang Melanjutkan Pengajian Di Indonesia

Danau Toba terletak di Medan, Sumatera Utara. Terdapat sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa yang telah mendapat pengiktirafan penuh daripada WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, dan MDC. Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut :

⭐ Perubatan

⭐ Pergigian

⭐ Farmasi

Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2022. Permohonan ini layak dipohon oleh pelajar lepasan SPM / IGCSE / O – Level / STPM/ Asasi / Matrikulasi / Diploma / A – Level dan setaraf. Kuota yang ditawarkan adalah terhad. Lakukan permohonan sekarang!

KLIK LINK UNTUK PENDAFTARAN

<< https://bit.ly/borangpermohonan2022 >>

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Daulah Educonsult, anda boleh hubungi kami melalui :

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here