Kerjaya dalam bidang veterinar di Malaysia sudah semakin meluas. Hal ini kerana ramai pengamal perubatan yang sudah peka dengan kepentingan kerjaya dalam bidang ini. Namun, hanya terdapat dua buah universiti sahaja di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian ini iaitu di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaysia Kelantan. Persaingan yang berlaku juga sangat sengit memandangkan peluang pengajian yang ditawarkan adalah terhad.

Deenamik ingin cadangkan kepada pelajar yang benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke bidang ini untuk belajar di universiti di luar negara iaitu di Indonesia. Indonesia antara negara yang menawarkan bidang pengajian ini.

Jika anda serius untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini ke universiti di Indoensia, anda boleh jalani proses pendaftaran melalui Daulah Educonsult. Daulah Educonsult adalah platform yang membantu anda dalam merealisasikan impian anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Universitas Airlangga

Merupakan universiti berstatus awam yang terletak di Surabaya Indonesia. Ditubuhkan pada 1948. Fakulti pertama yang ditubuhkan adalah Fakulti Perubatan dan juga Fakulti Pergigian. Paling menarik, universiti ini mempunyai hospitalnya yang tersendiri iaitu khas untuk perubatan, pergigian dan juga hospital veterinar. Hal ini secara tak langsung dapat memberikan pelajar merasai sendiri situasi bekerja sebenar.

BACA JUGA :   6 Fakta Menarik Tentang Negara Poland

Mendapat pengiktirafan penuh daripada WHO,KPT, MQA, JPA, dan MVC.

Institut Pertanian Bogor

Juga dikenali dengan nama singkatan IPB oleh masyarakat setempatya yang berlokasi dingin di Bogor, Indonesia. Universiti pertanian ini menawarkan bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Veterinar untuk para siswazah yang berminat. Ditubuhkan pada  September 1963. Fakulti Ilmu Pengetahuan adalah antara fakulti pertama yang ditubuhkan.

Mendapat pengiktirafan penuh daripada WHO,KPT, MQA, JPA, dan MVC.

Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2022. Pelajar yang berminat sudah boleh melakukan pendaftaran bermula sekarang. Jika anda masih kelirum boleh jalani sesi konsultasi terlebih dahulu bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult pasti akan membantu anda dalam merancang karier hidup anda.

BACA JUGA :   Universiti luar negara yang DIIKTIRAF KPM- Lepasan Matrikulasi

Negara Indonesia sering menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas alasan berikut :

little venice kota bunga puncak bogor
  1. Kos pengajian dan sara hidup yang agak rendah
  2. Sesuai untuk masyarakat Muslim kerana agama rasmi Indonesia adalah agama Islam
  3. Makanan Halal mudah didapati dan tempat untuk beribadah boleh didapati dimana-mana sahaja
  4. Cuaca yang lebih kurang sama kerana Malaysia dan Indonesia terletak di garisan Khatulistiwa yang sama
  5. Bahasa dan budaya yang ada sedikit persamaan. Oleh itu, dapat mengurangkan jurang komunikasi
  6. Lokasi pelancongan yang pelbagai. Rugi jika belajar di negara orang jika tidak melancong ke lokasi tumpuan                                                  pelancong

Jika anda berminat, lakukan pendaftaran segera kerana kuota yang ditawarkan untuk bidang pengajian ini adalah sangat terhad. Book your seat now!!

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here