Berminat melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah iaitu Universiti AL-Azhar di Mesir? Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam, mungkin ini adalah salah satu life goal dalam hidup kalian? Untuk makluman, universiti ini adalah antara universiti tertua yang masih berfungsi di Mesir. Kos pengajian yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Ingin ketahui apa yang istimewanya universiti ini? Teruskan bacaan anda!
Admin yakin masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru bagaimana untuk melanjutkan pengajian di bumi anbiya ini. Anda boleh lakukan permohonan menerusi Daulah Educonsult yang berpengalaman dalam menguruskan pelajar melanjutkan pengajian di sana.
Syarat Kemasukan
Universiti Al-Azhar menyediakan program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Kemasukan ke universiti ini adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan juga STAM. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2022.
SPM
Tempoh Pengajian : 4 tahun
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi 6 subjek dalam SPM
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahas Arab
- Matematik
- Syariah Islamiah
- Pendidikan Al-Quran
STAM
Tempoh Pengajian : 4 tahun
Perlu lulus dan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid
Pelajar yang melakukan permohonan menerusi SPM dan STAM perlu memastikan sijil tersebut tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan. Namun, terdapat cara lain jika anda inign melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka ini tanpa melalui sijil SPM dan STAM. Caranya adalah melalui kemasukan ke Madrasah dan seterusnya ke Maahad Buuth.
Kemasukan ke Madrasah dan Maahad Buuth
Mencari ilmu pengetahuan sepatutnya tidak perlu mengira umur muda atau berusia. Oleh sebab itu, Daulah Educonsult memberi peluang kepada pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM untuk tetap melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Berikut syarat yang perlu dipatuhi.
- Pelajar lelaki dan perempuan
- Berumur lingkungan 14 hingga 21 tahun
- Bersedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan
Di Madrasah, pelajar akan dipersiapkan untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini yang akan menentukan sama ada anda layak atau tidak meneruskan pengajian ke Maahad Buuth. Tempoh masa untuk menunggu nama naik menduduki ujian tersebut adalah selama setahun hingga 2 tahun. Sepanjang tempoh itu, pelajar akan melakukan persiapan terperinci.
Jika pelajar lulus dalam ujian tersebut, pelajar akan meneruskan pengajian di Maahad Buuth yang merupakann sekolah menengah bertaraf antarabangsa. Di sekolah ini, terdapat lebih 32 negara yang menghantar pelajar belajar di pusat pengajian ini. Namun jika pelajar gagal dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan dahulu di Dirosah Khossoh terlebih dahulu. Pelajar akan melakukan persiapan dengan lebih terperinci di peringkat ini.
Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam selama 4 tahun.
Jika pelajar berminat, boleh jalani sesi konsultasi terlebih dahulu bersama konsultan di Daulah Educonsult. Mereka adalah konsultan pendidikan terlatih yang akan membantu anda dalam merancang perjalanan pengajian anda.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)