Surfer’s Eye atau ptergium adalah satu penyakit mata yang membuatkan selaput mata muncul di bahagian bola mata putih. Keadaan ini boleh terjadi di saah satu mata atau kedua-dua mata. Adakah pernah terjadi kepada anda? Apakah simptom dan langkah pencegahan yang perlu anda lakukan, sila teruskan bacaan anda menerusi entri di bawah :

Ptergium ini bermula dengan kemunculan pinguecula iaitu satu titik kekuningan pada bahagian putih mata. Pinguecula ini terjadi disebabkan oleh penumpulan protein, lemak atau kalsium di dalam mata. Pada peringkat awal, mata anda akan rasa tidak selesa dan berlaku kegatalan pada mata. Seterusnya mata akan menjadi kemerah-merahan dan pandangan akan mulai kabur.

Namun, perlu diketahui, gejala ini bukanlah sel kanser dan tidak akan mendatangkan komplikasi yang berbahaya. Berikut adalah antara simptom yang bakal anda lalui :

BACA JUGA :   Ubat Kurus? Ubat di Farmasi Adalah Pilihan Yang Tepat.

 

  • Mata Merah
  • Merasa gatal atau pedih di kawasan selaput
  • Merasa kurang selesa jika selaput ptergium sudah terlalu tebal
  • Seperti ada pasir di dalam mata

Dapatkan Nasihat & Rawatan Doktor

Pemeriksaan ke doktor sebaiknya perlu dilakukan jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan mata anda. Pemeriksaan awal mungkin boleh merendahkan risiko yang lebih berbahaya. Pemeriksaan mata perlu dijadikan satu rutin tahunan. Hal ini dilakukan agar sebarang infeksi boleh dicegah di peringkat awal. Pemeriksaan disarankan 1-4 tahun sekali.

Punca Berlaku Ptergium

Punca sebenar belum diketahui secara terperinci. Namun boleh dipastikan bahawa mereka yang sering melakukan aktiviti luar akan lebih terdedah kepada ptergium ini. Sinaran matahari yang berlebihan adalah antara faktor penggalak ptergium ini.

Komplikasi Ptergium

Walaupun tidak berbahaya, namun jika dibiarkan tanpa perawatan khas ianya mampu menyebabkan komplikasi luka pada kornea anda. Jika serius, mampu membuatkan mata anda kehilangan deria pengllihatan.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar Luar Negara di Poland

Pencegahan Ptergium

Pencegahannya dapat dilakukan dengan menggunakan kacamata hitam atau topi ketika melakukan aktiviti yang memerlukan pendedahan cahaya matahari yang terlalu lama. Namun, paling terbaik adalah lakukan pemeriksaan doktor secara berkala mengikut nasihat pakar.

Adakah anda berminat menjadi seorang doktor perubatan? Jika ya, Daulah Educonsult sedang membuka peluang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf di negara Rusia dan juga Indonesia. Jika berminat, peluang ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM / IGCSE / O – Level / STPM/ Asasi / Matrikulasi / Diploma / A – Level dan setaraf.

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://bit.ly/konsultanAfiqah
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here