Sebenarnya banyak kelebihan yang boleh diperoleh oleh mereka yang ingin melanjutkan bidang pengajian di luar negara seperti dapat menimba pengalaman baru, belajar budaya di sana, serta dapat melawat tempat bersejarah atau terkenal di negara tersebut. Selain itu, pelajari bahasa asing antara perkara wajib untuk mereka fahami walaupun ia hanya perkataan asas, bagi bantu mereka fahami serba serbi komunikasi di negara yang mereka tinggal.

Kepada mereka yang memasang hasrat untuk belajar ke luar negara, anda juga harus bersedia untuk menempuh budaya baru yang bakal anda lalui. Ini merupakan perkara paling penting sebelum anda lanjutkan pengajian ke luar negara kerana anda jauh dari tempat kebiasaan anda.

 Keperluan Sebelum Terbang

  1. DOKUMENTASI

Sijil-sijil

  • Pelajar-pelajar digalakkan untuk menyediakan sijil penting berkaitan akademik dan sebagainya lebih awal untuk kegunaan urusan seperti pendaftaran kemasukan dan sebagainya.

Gambar

  • Pelajar-pelajar digalakkan untuk mempersiapkan gambar size passport minimum 20 keping untuk kegunaan berkaitan universiti, tajaan dan sebagainya.
  1. PAKAIAN

Nak belajar keluar negara mestilah kita kene sediakan pakaian yang secukupnya untuk kita disana kan? tapi apa pakaian yang boleh dibawa untuk ke luar negara? Cuaca di luar negara pasti agak berbeza dengan di Malaysia kan?

-Jenis pakaian

  • Musim panas: untuk pakaian di musim panas, pastikan pakaian anda tidak terlalu tebal atau berat untuk menjalani musim panas di negara luar seperti T-shirt bamboo, blouse nipis dan sebagainya.
  • Musim sejuk: untuk pakaian di musim sejuk, pastikan pakaian anda mempunyai fabrik pakaian yang betul untuk memaastikan anda dalam keadaan yang hangat sepanjang tempoh musim sejuk. Contoh sepasang baju thermal, sarung tangan, stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.

– Info pemakaian

  • Pastikan pakaian anda menutup aurat, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu jarang bagi mematuhi garis panduan pemakaian dalam islam kerana dengan itu, pelajar islam boleh solat dimana-mana sahaja tanpa perlu membawa telekung. Pastikan juga pakaian yang anda pakai adalah bersesuaian mengikut masa dan aktiviti yang tertentu.
  1. PENGURUSAN AKAUN BANK

    Urusan bank adalah penting bagi urusan pembayaran antara negara
  • Sebelum terbang pelajar-pelajar di galakkan untuk megaktifkan akaun bank supaya dapat mengeluarkan wang anda dimana-mana ATM di luar negara. Selain itu, selepas sahaja kad atm anda diaktifkan langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah:
  • Tekan “other options” pada screen ATM
  • Cari sehingga jumpa perkataan “MENU” <plus activation>
  • “AKTIFKAN” selepas itu, kod bank anda sudah boleh digunakan untuk di mana-mana negara.
  1. UBAT-UBATAN KESIHATAN

Ubat-ubatan adalah perkara wajib untuk dibawa ke luar negara, terutamanya melibatakan pelajar yang perlu bergantung dengan ubat

Keperluan yang perlu anda sediakan sebelum terbang ke luar negara adalah ubat-ubatan kerana ia sangat penting untuk setiap orang ketika ke luar negara dan sebagainya.

Jika anda mengidap penyakit-penyakit kronik seperti migraine, asma, alahan dan lain-lain. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum terbang ke luar negara. Selain itu, pastikan anda sediakan belakan ubat-ubatan yang secukupnya untuk tempoh masa anda berada di luar negara dan pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberikan oleh doktor agar mudah untuk anda membelinya disana nanti.

  1. PERALATAN PEMBELAJARAN

Akhir sekali, penyediaan awal untuk peralatan untuk belajar yang perlu dibawa oleh pelajar-pelajar. Sebagai permulaan anda digalakkan membawa peralatan asas seperti:

  1. Pen
  2. Pembaris
  3. Pensil
  4. Pemadan
  5. Pensil warna
  6. Dan alatan belajar yang lain

Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar negara, konsultan kami di Daulah Educonsult sedia bantu anda secara PERCUMA sahaja ! Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan yang tertera dibawah: –

Pejabat: 03-92851322

?Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e

?konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

?Konsultan Daulah: https://bit.ly/3xChOF3 (cik zuraini)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here