Tahukah anda? Taman-taman di Moscow, Rusia ini adalah paru-paru besar di bandar ini keranan anda atau pelancong luar boleh berehat dan menikmati keindahan alam hijau dan dapat memberi kepuasan yang selesa untuk hilangkan masalah atau stress. Pelbagai jenis taman yang cantik dan indah di Rusia ni tau! Nak tahu taman-taman apa? jom admin kongsikan dekat korang taman-taman yang korang takboleh lupa.

TAMAN-TAMAN TERBAIK DI MOSCOW, RUSIA 

  1. GORKY CENTRAL PARK OF CULTURE AND LEISURE

    Taman ini adalah satu taman hiburan kebudayaan yang tertua di Rusia. selain itu,  taman ini telah dicipta berhampiran Sungai Moscow pada tahun 1928.  taman ini adalah tempat yang sesuai untuk percutian aktif dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Taman Gorky Park ini sentiasa penuh dengan pelancong dan orang yang minat pada sejuk musim sejuk. tempat ini juga mempunyai ramai pengunjung pada musim panas dan hanya berjalan-jalan di lorong-lorong taman yang paling terkenal di Moscow.

2. RIZAB MUZIUM TSARITSYNO

jika anda berada di Moscow, anda perlu kunjungi salah satu monumen yang paling berharga di Rusia, Muzium Tsaritsyno ini penuh bersejarah dan seni bina yang terletak di bahagian selatan Moscow. Muzium ini juga mempunyai sebuah istana dan sebuah taman yang mempunyai 3 buah kolam. Selain itu, taman ini  dilengkapi dengan kandang kuda yang boleh anda tunggang.

3. IZMAYLOVSKY PARK

Taman Izmaylovskiy ini adalah tempat untuk aktiviti luar dan hiburan budaya. Taman Izmaylovsky Park ini telah wujud pada tahun 1931 dan pintu hijau dibuka kepada pelawat untuk sepanjang tahun. Meluangkan masa bersama keluarga di taman sudah menjadi salah satu traidisi baik bagi penduduk-penduduk di Moscow ini.  Taman Izmaylovsky ini mempunyai banyak hutan asli dengan pokok yang hijau.

4. VOROBYOVY GORY

Taman Vorobyovy Gory bangunan besar yang terletak di tebing sungai Moscow. Anda boleh melihat taman ini di pintu keluar stesen metro, selain itu, taman ini mempunyai pemandangan indah moscow, sungai, stadium luzniki dan biara St Andrew dan lain-lain.  Jika anda ingin ke bangunan Universiti Moscow dan di hadapannya anda akan melihat sebuah lorong dengan patung ahli sains yang hebat dan kolam yang indah. oleh itu, jika anda kunjungi di sini anda boleh menikmati alam semula jadi dan melukis landskap atau membaca kesusasteraan klasik di sini sangat menenangkan.

5. MSU BOTANICAL GARDEN APTEKARSKIY OGOROD’

Aptekarskiy Ogorod bukanlah sebuah taman tetapi taman kecil yang sangat selesa dan tempat yang indah meluangkan masa dengan keluarga terinta dan pasangan romantik disin.  Taman ini juga mempunyai pelbagai warna yang menarik, terangdan cantik yang tidak dapat ditemui di tempat lain selain di Moscow, kolam yang dihiasi dengan teratai air. Disini juga terdapat kedai tumbuhan di mana anda boleh membeli buah-buahan. selain itu juga, ketika musim sejuk taman ini akan menganjurkan perayaan-perayaan arca ais dan ketika musim bunga mereka akan membuat pameran orkid. akhir sekali, semasa musim panas anda boleh mengusik ikan di dalam kolam sambil duduk di atas bangku yang mempunyai sifat yang berwarna-warni.

oleh itu, jika anda bersama keluarga atau pasangan jika melancong ke negara Rusia, anda perlu kunjungi taman-taman yang cantik dan indah di Moscow ini. dapat mencipta kenangan yang indah bersama di tempat menarik ini.

Jika anda inginkan matlumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah: –
.
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/3xChOF3 018-3845685 (cik zuraini)
.
Jangan lupa untuk ikuti kami di mana-mana platform media sosial seperti yang berikut: –
.
Pejabat:
No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here