Poland adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang bersempadan dengan enam buah negara iaitu Jerman, Slovakia, Ukraine, Belarus, Lithuania, Rusia dan Wilayah Kaliningrad. Poland juga dikatakan mempunyai banyak taman-taman negara yang menarik yang turut menjadi tarikan para pelancong. Jadi untuk perkongsian kali ini, admin akan kongsikan dengan anda senarai empat taman negara paling popular di Poland yang akan menentukan arah destinasi anda jika lawatan ke negara ini.
Taman Negara Białowieża

Taman Negara Bialowezia yang diiktiraf sebagai taman negara tertua di Poland ini terletak di Timur Laut Warsaw, bersebelahan sempadan Belarus. Ia juga termasuk dalam salah satu senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979 dan mempunyai lebih daripada 250 spesies burung, 13 amfibia, 7 reptil serta banyak lagi spesies haiwan di taman negara tersebut.
Taman Negara Kampinos

Taman Negara Kampinos ataupun dikenali sebagai Puszcza Kampinoska adalah lokasi yang utama di ibu negara ketika cuti hujung minggu di mana terdapat banyak penunggang basikal dan kereta mengambil angin di sana. Di taman ini juga terdapat beberapa hidupan liar yang anda akan jumpa seperti memerang dan kucing hutan. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan spesies haiwan tersebut, anda boleh melawat ke Muzium Kampenda yang terletak di pinggir selatan taman.
Taman Negara Tatra
Buat anda yang mempunyai hobi mendaki puncak gunung, Taman Negara Tatra adalah lokasi yang ideal buat anda. Bukan itu sahaja, di sana juga terdapat haiwan endemik seperti charmois Tatra, marmot, serigala kelabu dan sebagainya. Selain dari mendaki puncak bukit, taman ini juga merupakan tempat ski kegemaran rakyat Poland ketika musim sejuk.
Taman Negara Slowinski
Taman Negara Slowinski yang terletak di luar pantai Laut Baltik ini terkenal dengan bukit-bukit yang bergelora. Terdapat dua tasik yang diapit antara taman negara tersebut iaitu Tasik Lebsko dan Gardno dengan terdapat 257 spesies burung yang mendiami kawasan tersebut seperti burung erne, burung hantu dan bangau hitam.
Buat para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Poland, jangan lupa untuk masukkan taman-taman negara ini ke dalam senarai lokasi yang perlu dilawati di sana. Untuk pengetahuan anda, Daulah Educonsult ada menawarkan peluang sambung belajar di negara Poland untuk kemasukan sesi 2022. Antara bidang yang ditawarkan pula adalah kejuruteraan mekanikal, perubatan dan pengurusan perniagaan antarabangsa.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi konsultan Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA. Rebut peluang anda sementara kuota masih ada!
Hubungi kami di talian:-
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)