Sudah tentunya makanan di setiap negara berbeza dari negara Malaysia ini. Tahukah anda? Makanan di Mesir ini sangat unik dan berbeza di Malaysia kerana masakan di Mesir ini kebanyakkanya bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan. selain itu, ada juga bahan mentah yang digunakan seperti daging sapi, kambing dan makanan laut dan semuanya halal kerana majoriti penduduk di mesir adalah muslim.
Jom admin kongsikan Makanan yang popular dan lazat di Mesir ini.
- KUNAFA
Tahukah anda? Kunafa ini adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Timur Tengah tau! Kemanisan yang diselangi dengan keenakkan Cheese leleh. kalau di malaysia juga ada jual Pencuci Mulut Kunafa ini cuma agak sukar untuk ditemui, kebiasaanya ada jual di Pasar Ramadhan (yang pernah min beli), atau korang pun pernah beli di mana? cuba komen dibawah.
2. SALEEG

Saleeg ini juga sangat terkenal di mesir tau kerana pembuatan dan penyajian makanan yang sangat unik, saleeg ini disediakan dari nasi putih yang dimasak bersama sup ayam atau daging. makanan ini lebih kurang seperti bubur nasi.
3. LABAN
Laban ini merupakan minuman sejenis susu yogurt dan sedikit pekat. laban ini sesuai diminum sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak. selain itu, laban ini boleh didapati di sekitar supermarket yang dijual dalam botol lebih kurang 1 liter, laban ini terdapat beberapa jenis perasa yang seperti Caramel, mangga, strawberry dan lain-lain (khas untuk botol bersaiz kecil) untuk saiz besar hanya ada perisa yang Asli sahaja.
4. MANAKEESH
makanan ini terkenal di mesir dengan kelihatan seperti pizza, Manakeesh ini diperbuat dari tepung, gula yang diadun seperti doh pizza (bulat-bulat). Manakeesh ini juga dicampurkan dengan sedikit herba-herba dan minyak zaitun dari timur tengah. makanan ini tidak sama seperti pizza cuma kelihatan sahaja seperti pizza kerana toping untuk manakeesh ini berbeza iaitu dihiaskan dengan keju dan hirisan tomato supaya rasa yang lebih enak.
5. HUMMUS
Hummus ini adalah sos kacang yang dibuat untuk dimakan bersama roti berbentuk roti pita dan juga lafa. selain itu, hummus ini juga ia diperbuat daripada kacang soya, bijan, lentini, bawang putih, minyak zaitun dan juga lemon. Hummus ini dicampurkan dengan sedikit hirisan tomato, tortilla untuk di letakkan dibahagian atasnya supaya dapat memberi rasa yang lebih enak dan menarik.
wahh! menariknya makanan-makanan yang ada di mesir ni, kemanisan, kepedasan dan sebagainya. bermacam-macam makanan yang perlu anda cuba jika melancong ke mesir ini.