Seperti yang kita semua tahu, bahasa adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia menghubungkan antara manusia untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Akan tetapi, untuk mempelajari bahasa asing bukanlah suatu hal yang mudah kerana ia mempunyai tona kata yang berbeza dengan bahasa kita dan memerlukan latihan yang banyak untuk menguasai nya.

Untuk perkongsian kali ini, admin ingin berkongsikan dengan anda berkenaan 4 bahasa di dunia yang sukar untuk dipelajari.

  1. Bahasa Jepun

    Buat mereka yang mempelajari bahasa Jepun, pasti anda bersetuju bahawa bahasa Jepun bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dipelajari. Untuk pengetahuan anda, terdapat 125 juta orang di dunia yang fasih dalam bahasa Jepun. Bahasa Jepun dikatakan antara bahasa yang sukar untuk dikuasai kerana sistem tulisannya yang terdiri daripada pilihan ribu karakter.

    Sistem tulisan Jepun terdiri daripada tiga komponen iaitu katana, kanji dan hiragana. Setiap dari abjad komponen tersebut mempunyai abjad yang berbeza dan sistem suku kata yang merumitkan. Selain itu, sistem komponen kanji juga dikatakan menggunakan karakter Cina.

2. Bahasa Korea 

Bagi peminat K-Drama atau K-Pop pasti anda ingin berbicara dengan fasih dalam bahasa Korea kan? Tapi anda perlu tahu bahasa Korea adalah antara bahasa yang sukar untuk dipelajari di dunia tau. Dikatakan terdapat kira-kira 66.3 juta orang yang bertutur dalam bahasa Korea di seluruh dunia termasuk dengan rakyat Korea Selatan dan Korea Utara. Tatabahasa dalam bahasa Korea juga sangat sukar kerana ia ada konjugasi yang kompleks dan susunan perkataan dengan frasa yang rumit.

Tidak jauh beza dengan bahasa-bahasa yang lain, bahasa Korea juga mempunyai sistemnya yang tersendiri iaitu Hangul. Namun, untuk mereka yang mempelajari bahasa Jepun mungkin berasa bahasa Korea adalah mudah untuk dikuasai kerana terdapat persamaan pada kedua-dua bahasa tersebut.

3. Bahasa Arab 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang tidak mudah untuk dipelajari kerana ianya sangat rumit dan mendalam sehinggakan orang Arab sendiri mengaku mereka tidak terlalu fasih dalam bahasa kebangsaan mereka. Bahasa Arab ditutur oleh 25 buah negara antaranya ialah Algeria, Chad, Comoros, Mesir, Arab Saudi, Syria dan Yemen.

Bahasa Arab terbahagi kepada dua pecahan iaitu  Bahasa Arab moden (Lughotul Arabiyah Ittisoliah-fusha) yang digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh negara-negara berikut. Bahasa Arab yang kedua ialah bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyan Al-Aliyah) yang digunakan di dalam kitab suci Al-Quran. Tatabahasa dalam bahasa Arab terdapat 90 hingga 500 juta perkataan! Jadi tidak hairan lah mengapa bahasa Arab ini tidak semudah itu untuk menguasai nya

4. Bahasa Mandarin 

Antara ketiga-tiga bahasa tersebut, bahasa Mandarin adalah bahasa yang amat sukar untuk dipelajari di dunia sehinggakan ada sesetengah orang Cina sendiri tidak dapat menguasai bahasa ini. Akan tetapi, walaupun bahasa Mandarin ini dikatakan bahasa yang sukar untuk dipelajari namun terdapat lebih 1 billion penutur di dunia.

Perkara yang membuatkan bahasa Mandarin ini sukar untuk difahami dan dipelajari adalah sistem tulisannya yang rumit dan berbagai beribu karakter yang perlu dihafal. Bahasa Mandarin banyak menggunakan nada suara. Setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin ada 4 sebutan yang berbeza. Ini bermakna, kalau anda gunakan nada suara yang berbeza pada bunyi yang sama, ia akan membawa maksud yang berbeza.

Mempelajari bahasa asing adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan kita juga akan memperolehi ilmu baharu. Untuk menguasai pelbagai bahasa ini semua nya kini di hujung jari di mana kita boleh belajar melalui internet, buku dan sebagainya

Berita baik buat pelajar lepasan SPM / IGCSE / O-LEVEL / STPM / DIPLOMA / ASASI / MATRIKULASI / SETARAF yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara kerana Daulah Educonsult masih membuka tawaran untuk sesi 2022/2023 dalam pelbagai bidang seperti bidang sains kesihatan, pengajian Islam, kejuruteraan, pengurusan perniagaan antarabangsa dan sebagainya. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian yang tertera di bawah:-

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here