Emosi yang tidak terkawal akan memberi kesan kepada keadaan sekeliling dan juga tingkah laku kita. Jika kita mudah untuk mengawal pemikiran  kita untuk menjadi positif, sudah pasti aktiviti harian kita juga akan berjalan dengan lancar. Emosi yang bercelaru dan pemikiran yang negatif akan mengurangkan semangat kita untuk melakukan perkara yang kita gemari. Jadi, apakah solusi untuk mengendalikan emosi kita jika menghadapi hari yang sukar?

  1. Buang fikiran negatif dalam diri

    Ketika kita menghadapi masalah yang rumit, otak kita lebih cenderung untuk memikirkan solusi atau jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah berikut. Namun tanpa kita sedari, sebenarnya kadang-kala masalah itu bukanlah punca kepada pemikiran negatif yang berlegar dalam minda kita.

    Mungkin ianya kedengaran agak klise, tapi dengan memberikan masa dan ruang kepada diri anda untuk bersendiri bagi menenangkan minda adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengawal emosi kita.

2. Hindari untuk bertindak tingkah laku luar kawalan

Akibat terlalu tertekan, sesetengah orang kadang bertindak di luar kawalan seperti menjerit, merosakkan barang sekeliling, mengeluarkan kata kesat bahkan ada yang sehingga mencederakan orang lain. Hal ini kerana, otak kita adalah salah satu bahagian dalam tubuh yang bersifat dominan saat menghadapi masalah. Oleh disebabkan itu, otak kita sukar untuk membuat keputusan yang rasional ketika sedang dikawal emosi.

Maka, sebelum kita bertindak yang negatif kita perlu menenangkan diri sebentar dan melakukan beberapa teknik pernafasan.

3. Pancarkan emosi yang positif 

Membiarkan diri kita dibelenggu oleh emosi yang negatif akan membuatkan diri kita lebih kurang bermotivasi dan cenderung untuk mengalami kemurungan. Sebenarnya banyak cara untuk mengatasi perasaan tersebut dalam diri kita iaitu dengan cuba memacarkan emosi yang positif. Mungkin ianya bukan hal yang mudah untuk “setkan” perkara yang baik dalam minda kita, namun ianya dapat membantu anda untuk lebih yakin dengan diri anda untuk menghadapi segala masalah yang berlaku

4. Bersenam

Aktiviti bersukan seperti bermain bola sepak, bermain badminton, berjogging dan sebagainya juga antara salah satu cara untuk mengawal emosi kerana bersukan dapat merangsang bahan kimia yang terdapat dalam otak kita dan menjadikan diri kita semakin lebih bertenang. Di samping itu, kita juga akan semakin cergas kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat

Kalau anda nak tahu, banyak lagi cara yang kita boleh lakukan untuk mengawal emosi kita. Mengawal emosi bukan lah suatu perkara yang mudah namun dengan cara yang tepat, pasti ianya banyak memberi kesan kepada diri kita.

sambung belajar

Anda mempunyai impian untuk belajar ke luar negara? Untuk makluman anda, Daulah Educonsult menawarkan ke 4 buah negara untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu negara Rusia, Indonesia, Bangladesh dan Poland. Antara bidang yang ditawarkan pula adalah bidang sains kesihatan, pengajian Islam, kejuruteraan, pengurusan perniagaan antarabangsa dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian yang tertera di bawah:-
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here