5 Tumbuhan Yang Diancam Kepupusan

0
10148

Bunga dikatakan mengandungi organ-organ tumbuhan di mana fungsinya adalah untuk menghasilkan biji-biji melalui proses pembiakan. Untuk tumbuhan yang di peringkat lebih tinggi, benih yang merupakan generasi seterusnya akan bertindak sebagai penyebaran luas sesuatu spesies. Setelah sahaja melalui proses persenyawaan, sebahagian dari bunga tersebut akan berkembang untuk menjadi buah yang mengandungi biji di dalamnya.

Selain fungsi reproduksinya yang praktis, seperti yang kita semua tahu bunga pada umumnya tersangat lah cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya untuk pelbagai kegunaan.Namun ada beberapa bunga dan tumbuhan yang hampir pupus karena faktor persekitaran, berikut adalah 5 tumbuhan yang diancam kepupusan

 

  1. Bunga Pakma (Rafflesia Arnoldii)

    Bunga Pakma ataupun dikenali sebagai bunga Rafflesia adalah spesies tumbuhan yang berbunga. Bunga Rafflesia ini dikatakan adalah merupakan bunga yang terbesar di dunia dengan anggaran saiz 91 cm (3 kaki diameter), 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan beratnya yang mencecah 7 kilogram. Pada tahun 1816,  Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold telah merekodkan bunga pakma yang pertama dan diberi nama Rafflesia Arnoldii sempena nama tokoh tersebut. Spesies ini ditemukan di Bandar Bengkulu di Sumatera sekaligus telah mejadikan bunga ini sebagai bunga rasmi kepada negara Indonesia dan Malaysia

  2. Jade Vine (Strongylodon Macrobotrys)

    Bunga Jade Vine adalah tumbuhan yang hidup di hutan tropika Filipina. Pohon berbunga ini adalah termasuk dengan spesies kekacang dan juga berkait erat dengan kacang merah. Jade Vine ini mempunyai bunga yang tumbuh secara bergantung dari cabang ke cabang sehingga mencapai panjang 3 meter. Ianya semakin diancam kepupusan kerana spesies Jade Vine ini dikatakan sukar untuk membiak.

  3. Bunga Franklin (Franklinia Alatamaha)

    Bunga Franklin yang berwarna putih dan berbau harum ketika kemuncak serta daun nya yang bertukar ke warna merah terang ketika musim gugur atau nama saintifiknya Franklinia Alatamaha merupakan sebahagian dari keluarga teh yang berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia. Namun yang demikian, spesies ini telah pupus sejak awal abad 19 lagi.

  4. Koki’o (Kookai Cookei)

    Bunga yang mempunyai bahagian nya yang serupa seperti bunga raya ini telah ditemui pada tahun 1816 di kepulauan Hawaii. Ketika itu hanya terdapat 3 spesimen yang ditemui dan mampu mencapai tinggi sekitar 10-11 meter. Fakta menarik berkenaan tumbuhan ini adalah ia mampu menghasilkan beratusan bunga merah pada setiap tahun.

  5. Kosmos Coklat (Cosmos Astrosanguineus)

    Dengan daun nya yang berwarna merah gelap yang sangat cantik, bunga kosmos yang berasal dari negara Mexico ini dan berukuran 3-4 cm ini dikatakan memiliki bau vanilla. Ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan di sekitar perumahan

    Cosmos atrosanguineus (Chocolate Cosmos)Flora dan Fauna kita perlulah dipelihara spesies nya kerana ia banyak memberikan kesan kepada pelbagai faktor seperti dari segi makanan, ubat-ubatan, sumber bahan mentah, keseimbangan alam sekitar, sumber air, rekreasi dan ekonomi.  Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus berlaku hari demi hari, manusia memainkan peranan  yang utama dalam menjayakan kegiatan ini. Pelihara lah alam sekitar kita agar generasi yang akan datang dapat menghayati keindahannya.

    Adakah anda pelajar yang bercita-cita untuk belajar di luar negara dalam bidang perubatan? Namun tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar dan sebagainya? Daulah Educonsult sedia membantu anda! Kalau anda nak tahu, Daulah Educonsult masih membuka tawaran untuk kemasukan ke universiti yang terbaik dalam bidang perubatan di negara Rusia untuk kemasukan sesi September 2022. Kuota adalah terhad jadi jangan lepaskan peluang anda dan terus hubungi talian di bawah untuk “booking seat” sekarang!

    Hubungi talian di bawah:-
    Pejabat: 03-92851322Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
    Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
    Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here