Selepas bersalin, badan letih dan rasa layu. Bahasa orang kita, badan rasa lemau. Maka, ramai mencadangkan agar ibu-ibu yang baru lepas bersalin, supaya mendapatkan urut selepas bersalin untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Kelebihan urut selepas bersalin ini bukanlah dongengan semata-mata. Berikut ialah antara kelebihan urut pada ibu selepas melahirkan anak :

Yang pertama adalah, dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan antara kelebihan urut selepas bersalin.Urut selepas bersalin ini dapat meningkatkan lagi pengaliran darah. Maka, ini akan membolehkan ibu mendapat lebih banyak oksigen yang disalurkan pada tubuh badan.

Yang kedua adalah, dapat memperbetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.Perlu ambil maklum, bahawa urut selepas bersalin ini bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah tegang urat. Cuma ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan.

Yang ketiga adalah, dapat meredakan tekanan, kerana apabila kita berasa stress dengan berurut ia dapat melegakan kita.

Yang keempat adalah dapat mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak. Semua ibu yang pernah melahirkan anak, pasti bersetuju bahawa melahirkan anak itu menggunakan banyak tenaga, mental dan fizikal. Maka, untuk pulih dengan cepat, ia perlukan sokongan setiap ahli keluarga.

Yang terakhir adalah, dapat memperbanyakkan susu badan agar dapat merangsang sel-sel payu dara supaya lancar untuk keluarkan susu untuk bayi semasa menyusu.

Jadi ibu-ibu mesti nak dapatkan ‘me’ time. Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.

jika ibu-ibu masih lagi tercari-cari tukang urut selepas bersalin, jangan segan-silu untuk hubungi kami di Calya. Kami sedia membantu.

Sekiranya anda berminat untuk untuk menjalani rawatan-rawatan daripada Calya , anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here