Islam dikatakan telah masuk ke bumi Nusantara sejak abad ke-7, setelah Indonesia menjalin hubungan perdagangan dengan negara Cina, India dan Arab. Selain daripada hubungan perdagangan, Islam di sana juga disebar melalui pernikahan, politik, dakwah, pendidikan serta kesenian.
Perkembangan pengaruh agama Islam di Indonesia dapat dibuktikan dari kesan-kesan peninggalannya yang sangat beragam dari segi seni bangunan, seni sastera dan banyak lagi. Berikut merupakan peninggalan-peninggalan sejarah dari negara Indonesia
1. Seni Bangunan
Seni gaya masjid di Indonesia pada awal perkembangan Islam mempunyai gaya yang unik di mana atapnya yang selalu bersusun dan berkubah. Antara masjid peninggalan empayar Islam di Indonesia adalah:
2. Kaligrafi
Untuk pengetahuan anda, seni kaligrafi di Indonesia sebenarnya telah wujud sebelum Islam berkembang di Indonesia. Seni kaligrafi yang berkembang saat penyebaran agama Islam biasanya diukir pada batu atau kayu dalam bahasa Arab. Seni tersebut sering dijumpai pada hiasan-hiasan di masjid dan makan lama.
3. Seni Sastera
Selain daripada seni bangunan dan seni kaligrafi, seni sastera juga antara sejarah Islam yang unik di Indonesia. Salah satu seni sastera di sana adalah Suluk. Suluk adalah karya sastera yang berupa kitab-kitab lama yang tertua dan isi kandungannya adalah berkenaan tasawuf.
4. Seni Pertunjukan
Empayar Islam bukan sahaja meninggalkan kesan pada bangunan dan karya sahaja malah ia juga memberi impak pada adat dan budaya masyarakat di Indonesia sebagai contohnya adalah seperti yang berikut:
Kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat banyak lagi peninggalan-peninggalan sejarah Islam di Indonesia. Kepada pelajar atau pelancong yang ingin ke Indonesia anda boleh lawati bersama keluarga dan rakan-rakan apabila berkunjung ke sana nanti.
Berita baik buat pelajar lepasan SPM / IGCSE / O-LEVEL / ASASI / DIPLOMA / STAM / MATRIKS / SETARAF yang ingin melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam, Daulah Educonsult membuka tawaran ke Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim di Riau, Indonesia untuk sesi kemasukan September 2022.
Jika anda ingin maklumat lanjut, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult untuk dapatkan sesi konsultasi secara percuma:
Pejabat :03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)