6 Fungsi Penting Plasenta (Uri) Semasa Kehamilan

0
679

Plasenta (Uri) adalah organ yang sangat berguna semasa kehamilan, ia memainkan peranan yang sangat penting semasa kehamilan untuk memastikan kesihatan dan kelangsungan hidup bayi anda dalam kandungan. Ia akan dilahirkan sejurus selepas bayi anda dilahirkan. Selain itu, Plasenta juga adalah organ yang menghubungkan janin yang sedang membesar dengan dinding rahim untuk membekalkan nutrien penting dan bekalan udara, menyesuaikan suhu persekitaran untuk janin, membuang air besar, melawan jangkitan dalaman dan menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan ibu.

6 Fungsi Plasenta (Uri) Ketika Mengandung.

Plasenta (Uri) memainkan peranan yang sangat penting sepanjang trimester kehamilan untuk memastikan kelahiran yang selamat. Antara fungsi plasenta ialah:

1. Memberi nutrisi yang mencukupi kepada bayi: Sebelum darah diterima oleh bayi, ia melalui tali pusat yang disambungkan kepada bayi. Nutrisi yang ibu dapat dari makanan ini akan disaring oleh darah dan mengalir menuju pembuluh darah janin melalui plasenta dan tali pusar. Hal inilah yang kemudian menjadi makanan untuk janin guna mendukung pertumbuhan dan perkembanganya.

2. Plasenta berfungsi seperti buah pinggang: Ia menapis darah yang masuk ke dalam bayi daripada bahan berbahaya yang boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan.

3. Plasenta bertindak seperti paru-paru untuk bayi dalam kandungan: Dengan membekalkan oksigen melalui tali pusat. Sama seperti nutrisi, oksigen disalurkan dari ibu ke bayi melalui darah ke plasenta dan tali pusar. Karbon dioksida yang bayi hasilkan pun ditransfer ke tubuh ibu melalui organ yang sama, tetapi tanpa pencampuran keduanya.

4. Plasenta mengeluarkan bahan buangan bayi anda ke dalam sistem peredaran darah: Di mana ia akan dikumuhkan melalui badan ibu dalam bentuk air kencing.

5. Plasenta bertindak sebagai penapis jangkitan untuk bayi: Dari badan ibu dengan mengasingkan darah anda daripada darah bayi anda.

6. Plasenta juga membantu mempercepatkan penghadaman sumber makanan.

Jika anda berminat dengan servis pengurusan uri bayi anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement. Sebarang maklumat atau sebarang pertanyaan anda boleh  hubungi team Calya Confinement di:

No khidmat pelanggan: 0182080827
No Kolsultan Dyana: 0182049022

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here