Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin.

0
551

Kebanyakkan wanita selepas bersalin degil dan malas apabila disuruh untuk berpantang. Wanita yang mengabaikan proses berpantang dikatakan mudah di serang penyakit terutama apabila usia semakin meningkat.

Berpantang ni sebenarnya banyak kebaikan jika anda konsisten sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Hasilnya sangat menakjubkan pada kesihatan dan kecantikan tubuh badan kerana tempoh berpantang di anggap sebagai masa untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh badan selepas bersalin.

Jadi anda perlu tahu akibat dan kesan pada diri sendiri jika anda mengelak dari berpantang.

Antara akibat sekiranya anda tidak berpantang adalah rahim jatuh. Ini membawa maksud di mana keadaan rahim jatuh ke bawah dan ada kala terkeluar dari saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat :

โ€ข Pada peringkat awal ianya hanya jatuh sedikit daripada kedudukan asal.
โ€ข Pada peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sehingga kepermukaan faraj.
โ€ข Pada peringkat ketiga, keadaan semakin teruk apabila keseluruhan rahim terkeluar. daripada saluran dan permukaan faraj. Biasanya keadaan ini di gelar โ€˜tombongโ€™.

BACA JUGA :   Makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang.

 

Akibat seterusnya adalah, menghadapi gangguan semasa membuang air kecil. Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan berhadapan dengan masalah buang air kecil. Keadaan ini sudah pasti akan mengganggu dan menyulitkan tugasan harian anda terutama saat menunaikan amalan ibadah antaranya solat.

Selain itu, akibat tidak berpantang juga akan mengundang kepada gangguan hubungan kelamin. Di sebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya bahagian otot yang memegang faraj di panggil Pelvic Floor Muscle. Maka kekuatannya untuk mencengkam atau mengemut dalam proses hubungan โ€˜seksualโ€™ kemungkinan akan terganggu malah kepuasan dan kenikmatan hubungan seks tersebut akan kurang memuaskan.

Tambahan pula, anda juga akan berasa sakit pinggang dan tidak selesa di bahagian sulit wanita. Keadaan ini berlaku jika anda banyak berdiri atau berjalan. Rahim yang dalam keadaan jatuh akan menarik otot dan sering kali juga tertarik urat di bahagian pinggang menyebabkan kesakitan pada bahagian pinggang.

BACA JUGA :   Kepentingan Nutrisi Buat Ibu Hamil.

Akibat yang seterusnya anda akan mengalamiย  bentan iaitu sakit badan, sakit urat, dan pinggang serta sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah.

Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa berpantang adalah penting bagi ibu selepas bersalin untuk memulihkan bahagian dalaman dan untuk menjaga semula badan ibu dengan rawatan berpantang yang disediakan supaya tidak menghadapi penyakit apabila usia semakin meningkat.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu yang ingin berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here