Kenali Jenis Tungku

0
730

Bertungku adalah penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bermaksud menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain). Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekililing peranakan dan bahagian-bahagian lain.

Terdapat beberapa jenis tungku seperti tungku batu,tungku pasir herba,tungku bijirin herba, tungku besi, tungku layor (daun dan buah), tungku abu, tungku garam bukit, dan tungku moden.

TUNGKU BATU amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir. Batu ini dibakar sehingga merah dan di masukkan di dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Ia bertujuan mengeluarkan darah beku, mengecutkan peranakan, menghilangkan kebas-kebas kaki serta buasir.

Bagi, TUNGKU PASIR pula ia lebih ringkas. Pelbagai jenis pasir boleh digunakan seperti pasir sungai, pasir laut, campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit. Pasir sungai ( digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sehingga betul-betul kering. Sediakan daun belacu yang dialas daun pisang,daun mengkudu,lada hitam,hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Elok bagi wanita yang mengalami senggugut dan meroyan.

Kemudian, TUNGKU BIJIRIN digunakan oleh sesetengah bidan kampung sebagai terapi bersalin, menyusutkan bengkak dan nanah dan boleh dituam dibahagian pinggul. Bijirin yang digunakan ialah jagung, kacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketubar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas.

Selanjutnya adalah, TUNGKU BESI terkenal di negeri-negeri utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. Cara penyediannya sama juga dengan tungku lain di mana daun kecubung, lengkuas , daun dan kulit limau purut diletakkah di atas kain. Tungku dipanaskan dan dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.

Seterusnya adalah, TUNGKU LAYOR pula menggunakan dua jenis bahan sama ada daun atau buah. Daun yang sesuai ialah daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, sirih, kecubung dan kaduk. Tungku Buah pula menggunakan buah mengkudu, jambu batu hutan, sirih, kecubung dan kaduk. Tungku buah pula menggunakan buah mengkudu. Daun dan buah dilayorkan ( diletakkan di atas api sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

Kemudian bagi, TUNGKU ABU pula ia amat unik dan sukar diperoleh pada masa kini kerana tidak ramai lagi yang memasak menggunakan kayu api. Abu daripada kayu api yang masih suam dibalut dengan daun mengkudu atau kain dan digunakan bagi meredakan bengkak di dahi, bisul, kuping kulit dan mengeringkan kudis.

Akhirnya, TUNGKU MODEN adalah inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan penggunaannya. Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri. Tungku ini hanya perlu dicajkan selama 5-8 minit dan lampu akan terpadam secara automatik. Tungku ini akan menjadi panas sehingga 70 – 80 darjah celcius dan suhu ini akan bertahan antara 1-2 jam.

Itu antara jenis-jenis tungku yang ada. Tetapi tungku yang biasa digunakan adalah Tungku Batu , Tungku Besi dan Tungku Moden. Jadi ibu berpantang hendaklah rajin bertungku untuk membantu pemulihan rahim dan urat saraf di sekitar kawasan peranakan dan pastinya memberi tenaga kepada ibu selepas bersalin yang sedang berpantang.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu yang berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here