Kepentingan Nutrisi Buat Ibu Hamil.

0
218

Para ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam memilih menu berpantang. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka menerima nutrien yang secukupnya. Nutrien yang mencukupi bukan hanya untuk diri mereka sahaja. Ia cukup penting untuk anak kecil yang berada di dalam kandungan. Meskipun hal ini nampak remeh, tetapiย  sebenarnya dapat membantu ibu dan anak kandungan, agar sentiasa dalam keadaan yang terjaga.

Jadi Calya ingin kongsikan beberapa kepentingan pengambilan nutrien untuk ibu hamil.

Nutrien pertama yang paling penting buat golongan ibu hamil ialah asid folik. Sebenarnya, pengambilan asid folik boleh diamalkan 3 bulan sebelum fasa mengandung. Ini adalah untuk memastikan kandunganย folateย di dalam badan ibu hamil adalah mencukupi. Ia amat penting untuk pembentukan saraf tunjang (spiral cord) kepada pembentukan janin.

Seterusnya, ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan yangย tinggi kandungan zat besinya. Ini kerana, pengambilan zat besi bertujuan untuk memastikan jumlah darah merah dalam badan mencukupi. Zat besi dapat membantu menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan dan membantu untuk mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

BACA JUGA :   Tips pemakaian bengkung ketika berpantang dan kebaikkannya

Kemudian, ibu hamil juga perlu mengamalkan pemakanan atau minuman yang mempunyai kalsium. Ia bertujuan untuk memastikan pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terbentuk dengan elok, terutamanya ketika trimester. Pengambilan kalsium dapat membantu ibu hamil untuk mengelakkan kekejangan otot pada kaki si ibu dan dapat mengelakkan si ibu daripada mengalami pre-eklampsia.

Tambahan pula, vitamin D juga adalah penting bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Ia membantu untuk memastikan nutrien kalsium dan fosforus yang diambil mencukupi di dalam badan. Vitamin D dapat mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kalangan ibu hamil.

Secara kesimpulannya, vitamin D adalah penting untuk membekalkan nutrisi yang cukup buat ibu hamil. Ibu yang sedang hamil perlu berwaspada dalam pemilihan menu makanan dan juga bahan mentah. Hal ini kerana setiap bahan yang digunakan akan meninggalkan kesan terhadap kesihatan tubuh badan si ibu dan anak di dalam kandungan.

BACA JUGA :   Ketahui fakta tentang pilis muka

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu yang bakal bersalin atau berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here