Semasa mengandung, urutan pranatal secara teratur bukan sahaja dapat membantu ibu berehat tetapi juga dapat melegakan insomnia, sakit sendi, sakit leher, dan belakang serta kekejangan kaki. Penggunaan minyak urut terbaik yang betul pastinya dapat melegakan malah lebih selamat kerana kandungannya yang tidak merbahaya.
Antara minyak urut yang boleh digunakan untuk ibu mengandung adalah seperti berikut :
Minyak Lavender mengurangkan kegelisahan, menenangkan dan sangat baik untuk menghilangkan rasa sakit. Dikenali sebagai minyak pengimbang dan serba-serbi, ini adalah satu minyak urut yang patut dicuba ketika hamil.
Seterusnya, adalah minyak halia ia berfungsi sebagai analgesik dan anti-radang semula jadi. Ibu boleh menggunakannya untuk menghilangkan rasa sakit dan sakit semasa mengandung.
Selain itu, bagi minyak bunga matahari pula ia menyerap ke dalam kulit dengan cepat, malah boleh jadi minyak yang tepat digunakan untuk urutan prenatal. Ia mempunyai pelbagai khasiat yang meningkatkan kesihatan dan terus digunakan sebagai salah satu minyak terbaik untuk urutan prenatal.
Kemudian, minyak limau gedang adalah sangat sesuai digunakan untuk mandi atau peresap untuk meningkatkan deria dan mengurangkan keletihan. Tetapi semasa mengandung, ia hanya boleh digunakan secara sederhana.
Selanjutnya adalah minyak grapeseed ia dapat menjadikan kulit lebih lembut dan elastik, sehingga mencegah terjadinya regangan. Ia juga dapat meningkatkan vitamin E dan C pada kulit anda menjadi lebih berkesan.
Jadi ia adalah penting bagi juruterapi yang mengurut untuk memeriksa terlebih dahulu bahawa individu yang diurut itu mempunyai sebarang jenis alahan atau tidak, contohnya mempunyai alahan kepada kacang atau bahan lain. Ini kerana, juruterapi boleh buat persediaan awal untuk pertukaran minyak yang sesuai digunakan pada individu yang mempunyai alahan itu.
Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.
Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :
No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067
Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A