Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin. 

Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.

Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.

Jadi ia penting bagi suami dan ahli keluarga yang lain untuk jaga pemakanan ibu berpantang. Ibu selepas bersalin haruslah mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang sejuk dan berangin. Selain itu, ia penting juga untuk mengelakkan makanan yang pedas dan berminyak serta makanan laut yang boleh mengakibatkan kegatalan. 

Jadi Calya ingin kongsi antara makanan pantang terbaik yang boleh ibu berpantang amalkan. Yang pertama ialah, beras perang. Dengan, menggantikan beras biasa dengan beras perang adalah antara cara yang tidak keterlaluan untuk anda berdiet serta mendapatkan kalori baik. Sumber bijirin berserat tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.

BACA JUGA :   Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin.

Selain itu, ibu berpantang juga boleh bersarapan pagi dengan roti berserat tinggi. Berbanding roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi.

Tambahan pula, ibu berpantang harus lebihkan protein dalam setiap pemakanan seperti memakan jenis ikan, contohnya,  ikan salmon, ikan tenggiri, dan ikan tuna. Pengambilan ikan salmon dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin.

Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk dalam makanan berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi.

 

Seterusnya, ibu berpantang harus lebihkan makan sayur- sayuran hijau dan buah- buahan. Buah- buahan ini sebenarnya mengandungi serat dan sumber vitamin yang tinggi. Sayuran hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu harian anda.

BACA JUGA :   Jom ketahui manfaat mandian herba.

Di Calya, kami menyediakan masakan berpantang, rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here